Bercakap kepada Utusan Malaysia, kakak kepada Azie berkata, setakat ini, dia dan ahli keluarga lain tidak percaya Azi selamat selagi tidak bertemu mata dengan adiknya itu meskipun polis sudah mengeluarkan kenyataan malam tadi.
TUMPAT : Keluarga kepada seorang ejen jualan kosmetik Rosnazirah Mohd. Naim, 36, atau Azie,36, yang dibawa lari dari rumahnya di Kampung Semat Jal di sini pada 13 September lalu terkejut dan masih tidak percaya wanita itu berjaya ditemukan dalam selamat.Menurutnya, dia sudah menerima banyak mesej dan panggilan telefon daripada saudara mara dan rakan-rakan yang memaklumkan Azie selamat sejak petang tadi.
“Setakat ini, saya masih merahsiakan berita mengenai penemuan Azi daripada ibu dan ayah kerana khuatir mereka tidak dapat tidur malam ini. Mereka pasti akan tanya Azi berada di mana dan di balai mana sedangkan saya sendiri tidak tahu mengenai perkara itu,” katanya ketika dihubungi malam tadi. Utusan Online malam tadi melaporkan, ejen jualan barangan kosmetik yang didakwa diculik dalam kejadian di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, dekat sini pada 13 September lalu berjaya diselamatkan Polis Diraja Malaysia di sebuah lokasi di Thailand.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Adira selamat melahirkan bayi lelakiAdira melahirkan bayi secara kaedah pembedahan
Read more »
Perancangan keluarga relevan walau kadar kesuburan wanita Malaysia menurun, kata LPPKN | The Malaysian InsightGuna pil perancang, stabilkan kesihatan sehingga sesuai untuk mengandung, kata pegawai perubatan.
Read more »
Jangan nafikan sumbangan kerajaan Keluarga MalaysiaWalaupun berlaku pelbagai penyelewengan, keadaan ekonomi negara adalah baik dan tidak seburuk yang digambarkan oleh Pejuang.
Read more »
Last Call !! Bantuan Lesen Memandu Semua Golongan – Masih Banyak KosongLast Call !! Bantuan Lesen Memandu Semua Golongan - Masih Banyak Kosong.Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan sebuah bantuan iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) yang dikhaskan untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2. Untuk pengetahuan anda, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ
Read more »