Beyond the Breaking News

Keluarga Aiman Tino sembuh Covid-19, lebih waspada - Utusan Digital

Malaysia News News

Keluarga Aiman Tino sembuh Covid-19, lebih waspada - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

“Pada peminat Aiman… terima kasih banyak sebab prihatin, InsyaAllah kami akan lebih berhati-hati.'

KUALA LUMPUR: Keluarga penyanyi terkenal, Aiman Tino kini sudah sembuh daripada wabak Covid-19 sejak minggu lalu. Menurut bapa penyanyi Permata Cinta itu ketika dihubungi, Yusri Ishak berkata, adakalanya dia masih merasakan tubuh badan agak lemah mungkin kerana kesan jangkitan atau tempoh kuarantin yang agak lama di dalam rumah.

“Sekarang ini Alhamdulillah beransur baik, ambil masa untuk pulih sepenuhnya. Mungkin sebulan dua lagi. “Cakap fasal kesan jangkitan saya anggap mungkin sebab terlalu lama kuarantin. Setakat hari ini, badan masih lesu sedikit dan kadang-kadang deria bau sekejap ada dan tiada,” ujarnya kepada Utusan Malaysia. Bersyukur dengan nikmat kurnia Tuhan yang memberikan kesihatan buat keluarganya semula, Yusri juga berasa lapang dada kerana dapat menjalani hidup seperti sedia kala. “Rutin pemakanan sudah kembali macam sebelum ini, malah bertenaga juga. Dalam masa sama, kami amal bersenam di belakang rumah saja dan pada waktu pagi keluar untuk dapatkan vitamin tambahan daripada sinaran matahari,” jelasnya. Bapa penyanyi Ku Rela Dibenci itu juga berterima kasih kepada orang ramai terutamanya kepada peminat anaknya yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan ambil berat terhadap keluarga Aiman Tino. “Pada peminat Aiman… terima kasih banyak sebab prihatin, InsyaAllah kami akan lebih berhati-hati. Dengan ini saya berharap agar rakyat Malaysia pergi ambil vaksin. Bayangkan saya yang sudah satu dos vaksinasi sebelum ini pun dijangkiti, pula yang tiada vaksin bagaimana? “Jangan memilih dos vaksinasi kerana yang lengkap dua dos juga mampu dijangkiti Covid-19. Cuma, peratusan dijangkiti dan tahap penularan tidak sampai ke paru-paru berbanding badan yang tidak menerima suntikan,” tegasnya. Tambah Yusri, menantunya antara ahli keluarga terdekat yang sudah lengkap dua dos vaksinasi turut dijangkiti wabak berbahaya itu. Tetapi tahap penularan tidak seteruk mereka yang tidak mempunyai vaksin. Untuk rekod, keluarga Aiman bebas Covid-19 pada 5 Ogos lalu. Sementara ibu Aiman, Hazelina Mat Jalil sembuh pada 13 Ogos lalu kerana mempunyai asma.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

AS dijangka beri dos penggalak vaksin Covid-19 September ini - Utusan DigitalAS dijangka beri dos penggalak vaksin Covid-19 September ini - Utusan DigitalPihak berkuasa kesihatan dijangka mengumumkan perkara tersebut dalam minggu ini
Read more »

Singapura bayar RM2.4j akibat alahan vaksin Covid-19 - Utusan DigitalSingapura bayar RM2.4j akibat alahan vaksin Covid-19 - Utusan DigitalSingapura bayar RM2.4j akibat alahan vaksin Covid-19
Read more »

Perangi Covid-19 tekad D-8 - Utusan DigitalPerangi Covid-19 tekad D-8 - Utusan DigitalPerangi Covid-19 tekad D-8
Read more »

Jangkitan baharu Covid-19 hampir cecah 23,000 kes - Utusan DigitalJangkitan baharu Covid-19 hampir cecah 23,000 kes - Utusan DigitalSelangor terus melonjak kepada 7,175 kes berbanding semalam 6,858 kes.
Read more »



Render Time: 2026-06-07 11:33:12