Beyond the Breaking News

Kelantangan Anwar terhadap Palestin ciri penting hubungan antarabangsa Malaysia

Malaysia News News

Kelantangan Anwar terhadap Palestin ciri penting hubungan antarabangsa Malaysia
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

KUALA LUMPUR: Kelantangan Malaysia menggesa negara lain agar menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman Israel ialah ciri utama hubungan antarabangsa...

: Kelantangan Malaysia menggesa negara lain agar menyokong Palestin dan menamatkan kekejaman Israel ialah ciri utama hubungan antarabangsa negara di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa penganalisis memuji keberanian Anwar bersuara dan membawa pandangan itu ke pentas dunia dalam menyatakan solidariti dengan rakyat Palestin.

Anwar berani menyuarakan pendapat dan konsisten dalam menyokong perjuangan Palestin. Pada 22 Sept, menerusi kenyataan negara sulungnya pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Perdana Menteri telah mengetengahkan hipokrasi ketara Barat dalam menangani isu Palestin. Beliau menyeru usaha pelbagai hala bersepadu yang diterajui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan semua konflik dan krisis kemanusiaan di dunia. Semasa Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk di Riyadh baru-baru ini, Anwar menggunakan peluang yang ada untuk membangkitkan isu Palestin kepada seberapa ramai pemimpin dan negara lain, menggesa masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pencerobohan berterusan terhadap Palestin. Konflik Palestin-Israel menjadi tumpuan dan merupakan topik utama perbincangan antara Anwar dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang juga Perdana Menteri Arab Saudi semasa pertemuan empat mata selepas sidang kemuncak itu. Anwar turut membincangkan konflik di Semenanjung Gaza yang berterusan dengan Setiausaha Agung Liga Muslim Sedunia Dr Muhammad Abdulkarim Al-Issa di Riyadh, Persiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan di Istanbul dan Presiden Mesir Abdel Fattah El-Sisi di Kaherah semasa lawatan kerja beliau ke negara berkenaan baru-baru ini. Penasihat Utama Pusat Penyelidikan Pasifik Malaysia Dr Oh Ei Sun berkata Anwar berhasrat untuk diiktiraf sebagai penyokong dunia Islam di barisan hadapan dalam memperjuangkan isu Palestin. “Oleh itu, tidak hairanlah Anwar secara proaktif membawa pendirian pro-Palestin di peringkat domestik dan antarabangsa. Di negara ini, nasib Palestin mungkin antara beberapa isu yang boleh menyatukan parti didominasi Melayu, justeru Anwar perlu cekap meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam masalah ini,“ katanya kepada Bernama. Ketika ditanya sama ada Malaysia akan menjangkakan kesan dari negara Barat kerana memperjuangkan nasib Palestin, Felo Kanan di Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura itu berkata kebanyakan negara Barat memahami keperluan domestik untuk kerajaan didominasi orang Islam atau pemimpinnya untuk menonjolkan pendirian yang lebih pro-Palestin.Married couple nabbed by MACC for allegedly taking bribes from driving school students

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

theSundaily /  🏆 25. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Kerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Esok, PM Anwar Seru Orang Ramai Turut SertaKerajaan Anjur Perhimpunan Malaysia Bersama Palestin Esok, PM Anwar Seru Orang Ramai Turut SertaPerhimpunan Malaysia Bersama Palestin anjuran Kerajaan Madani akan diadakan esok (24 Oktober) di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil.
Read more »

Anwar tidak gentar terima ugutan demi pertahankan PalestinAnwar tidak gentar terima ugutan demi pertahankan PalestinBeliau akan terus mempertahankan Palestin selagi diberi mandat sebagai Perdana Menteri di samping menerima sokongan padu seluruh rakyat.
Read more »

Malaysia tak takut ugutan, ancaman isu Palestin, kata AnwarMalaysia tak takut ugutan, ancaman isu Palestin, kata AnwarPerdana menteri berkata sebagai negara yang bebas, Malaysia tidak akan berhenti memperjuangkan nasib rakyat Palestin.
Read more »

Lautan putih tanda solidariti, lebih 16,000 hadir himpunan Malaysia bersama PalestinLautan putih tanda solidariti, lebih 16,000 hadir himpunan Malaysia bersama PalestinKUALA LUMPUR: Pendirian Malaysia yang lantang, keras dan konsisten dalam mengutuk kekejaman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin terus-menerus...
Read more »

Pertahan Palestin, Anwar dedah terima ugutan negara luarPertahan Palestin, Anwar dedah terima ugutan negara luarKUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari mendedahkan beliau menerima banyak ugutan daripada negara luar, susulan ketegasan Malaysia mempertahankan ...
Read more »



Render Time: 2026-07-21 20:05:04