Klang Tempahan sebanyak 600 balang itu disiapkan dua minggu sebelum puasa sebelum ejennya menghubunginya Sabtu lalu memaklumkan mahu membatalkan tempahan.
Ju Anisha Ibrahim, 34, berkata, tempahan sebanyak 600 balang itu disiapkan dalam tempoh kira-kira sebulan iaitu dua minggu sebelum puasa sebelum ejennya menghubunginya Sabtu lalu memaklumkan mahu membatalkan tempahan.
“Alhamdulillah masih dapat modal. Tidak rugi cuma tidak berapa untung sebab jual murah sikit daripada harga asal. Terima kasih semua yang membantu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro. “Insya-Allah masih berurusan sebab dia batalkan tempahan awal, tak apa saya maafkan tetapi kalau ambil barang, lari tak bayar, itu saya senarai hitam,” katanya yang mempunyai 40 ejen biskut, roti dan donut.“Jika pelanggan tetap atau kenalan memang saya tidak minta deposit sebab kebanyakan ejen saya suri rumah dan ibu tunggal.