Sukan rakyat dan permainan tradisitersebut perlu sentiasa dimainkan dan dianjurkan oleh rakyat. utusanonline
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sukan dan permainan tersebut perlu sentiasa dimainkan dan dianjurkan oleh rakyat di negeri ini. "Kita lihat program sebegini amat baik jika diadakan di semua tempat dan secara berterusan.
Ini dapat memastikan sukan rakyat ini terus dimartabatkan oleh generasi kini. "Hari ini anak-anak lebih gemar bermain permainan interaktif digital, oleh itu melalui penganjuran sukan rakyat akan dapat memastikan ia terus dikekalkan. "Di samping itu, generasi baharu dapat mengenali permainan yang sering dimainkan oleh ibu bapa mereka sewaktu kecil dulu," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Karnival Mini Sukan Rakyat di Padang Mini Kompleks Kampung Serting Ilir di sini hari ini. Karnival itu anjuran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Kampung Gajah Mati, Kampung Serting Ilir dan Kampung Bukit Laka dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia, Kemas dan Pusat Komuniti Desa Serting Ilir. Lebih 300 penduduk mengambil bahagian dalam 11 acara sukan rakyat antaranya anyam ketupat, tarik tali, boling buah kelapa, rebut kerusi, pertandingan memancing, pakaian beragam dan demonstrasi solekan. Yang turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Bahau, Teo Kok Siong; Pengarah Kemas negeri, Rozkhaidi Othman; Pegawai Daerah Jempol, Mas Midyawan Yahya dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jempol, Raja Norazli Raja Nordin. - UTUSAN ONLINE
United States Latest News, United States Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
'Rakyat Malaysia baik gila' - Uncle Kentangjasin Aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng tidak menyangka tindakannya memohon sumbangan RM200 daripada rakyat Malaysia untuk membantu Norhaida Kharuddin, 34, mendorong begitu ramai individu untuk bersedekah.
Read more »
Kes rasuah: Menteri sukan mohon maaf kepada Jokowi, rakyat IndonesiaNahrawi menjelaskan beliau mahu memberi tumpuan kepada kes rasuah membabitkan dirinya, oleh itu telah memutuskan untuk meletak jawatan sebagai menteri. FMTNews
Read more »
Syed Saddiq harap 18 tahun boleh undi pada PRU15Menteri belia dan sukan yakin dengan kemampuan SPR untuk memastikan RUU itu dapat dilaksanakan menjelang pilihan raya umum ke-15. FMTNews
Read more »
'Terlalu banyak adegan lucah'kualalumpur Malaysia mengharamkan filem lakonan Jennifer Lopez, ‘Hustlers’ kerana mengandungi banyak adegan menjolok mata yang tidak sesuai untuk rakyat negara ini.
Read more »
Rapat 18 perjuangan, platform untuk orang mudaJOHOR BAHRU 20 Sept. - Gerakan Rapat 18 yang ditubuhkan sekumpulan anak muda akan menjadi platform golongan belia untuk aktif menyertai amalan demokrasi negara dengan matang, beraspirasi dan menyerlah.
Read more »
Keyakinan pelabur manifestasi dasar mesra pelabur kerajaan PahangKUANTAN 21 Sept. - Keyakinan pelabur khususnya dari China untuk terus melabur di Pahang merupakan manifestasi daripada dasar mesra pelabur dan diplomasi kepemimpinan kerajaan negeri ini yang berterusan menarik minat pelaburan langsung asing (FDI).
Read more »




