Ipoh Memandu berbahaya, melawan arus dan turut merempuh kereta pemandu lain. Itu tindakan seorang lelaki dalam usahanya melarikan diri daripada ditahan polis, hari ini.
Dia yang memandu Proton Saga mula dikesan di Jalan Perusahaan Menglembu oleh polis yang melakukan rondaan pada 1 petang, namun memecut kenderaannya sehingga Jalan Ipoh-Lumut menghala Jelapang dan memandu melawan arus di Jalan Besar Jelapang ke arah Silibin.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, anggota mengejar suspek, K Suthanraj, 31, sejauh 12 kilometer sebelum suspek terbabit kemalangan dengan sebuah kereta Perodua Myvi dekat Jalan Besar Jelapang berhadapan KFC Jelapang Square, Ipoh. "Ketika anggota menemuinya dalam keadaan mencurigakan di Jalan Perusahaan Menglembu, dia tidak memberi kerjasama sebaliknya memecut laju kenderaan secara melulu.
"Anggota mengejarnya hingga ke kawasan Jelapang Square dan suspek memandu secara melawan arus. Dia melanggar sebuah kereta Perodua Myvi yang menyebabkannya luka di mulut.A Asmadi berkata, berlaku pergelutan sebelum suspek ditahan dan pemeriksaan menemui satu paket plastik lutsinar putih di atas tempat duduk pemandu yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine seberat 0.48 gram selain kotak yang mengandungi peralatan menghisap dadah.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
China reports 12 new coronavirus cases vs 4 a day earlier | Malay MailSHANGHAI, May 1 — China reported 12 new coronavirus cases for April 30, up from four a day earlier, data from the country's health authority showed today. Six of the cases were imported, the National Health Commission (NHC) said, up from four a day earlier. Of the domestic transmission cases,...
Read more »
Rishi Kapoor meninggal dunia pada usia 67 tahunRishi Kapoor sebelum ini menghidap kanser menjalani rawatan di New York bagaimanapun kesihatannya mula merosot dan dimasukkan ke Hospital di Mumbai sebelum disahkan meninggal dunia. FMTNews FMTOhsem RishiKapoor Bobby
Read more »
Negeri Sembilan jadual sidang DUN 6 hari dengan kehadiran terhadKerajaan negeri juga bersetuju menambah hari operasi kedai kepada 3 hari seminggu berbanding 2 sebelum ini. FMTNews NegeriSembilan DewanUndanganNegeri
Read more »
Nor Azimah dilantik CEO SSM | The Malaysian InsightNor Azimah Abd Aziz sebelum ini menyandang jawatan timbalan ketua pegawai eksekutif SSM (perkhidmatan korporat).
Read more »
Baiki paip bocor, penghawa dingin boleh terus tanpa kelulusan Miti, kata menteriTuan rumah perlu memohon dan memaklumkan kepada balai polis berdekatan sebelum perkhidmatan itu dijalankan. FMTNews PKP
Read more »