Malaysia berjanji untuk memberi tentangan terbaik apabila menentang Jerman dalam aksi pembukaan Piala Dunia Remaja Wanita hari ini.
PETALING JAYA: Bukan sekadar melengkapkan penyertaan, pemain negara sebaliknya mahu membuktikan kemampuan bersaing di pentas antarabangsa apabila membuka kempen hoki Piala Dunia Remaja Wanita menentang Jerman di Afrika Selatan hari ini.
Tidak terlalu merendah diri, Nasihin juga optimis 12 pemainnya yang pernah bertanding dalam Piala Asia di Oman, Januari lalu mampu memberi tentangan dalam kejohanan yang disertai 15 buah negara itu. “Ukraine membatalkan perlawanan di saat akhir, manakala Uruguay sampai lewat di sini, namun pada 31 Mac lalu kami sempat menjalani aksi persahabatan dengan kelab hoki tempatan, Universiti NSW.
“Daripada dua perlawanan ini, kami akan membentuk strategi mencuri mata bagi perlawanan akhir bertemu India nanti,” katanya kepada Utusan Malaysia.