Pada saingan di Dewan Olimpik, Phnom Penh itu, Muhammad Erry gagal menamatkan saingan (DNS) selepas gagal melepasi tiga percubaan snatch 135kg sebentar tadi.
Pada saingan di Dewan Olimpik, Phnom Penh itu, Muhammad Erry gagal menamatkan saingan selepas gagal melepasi tiga percubaan snatch 135kg sebentar tadi.
Atlet berusia 24 tahun itu berkata, usaha untuk makan ‘painkiller’ sejak beberapa hari lepas sudah dibuat agar dapat mempamerkan prestasi lebih meyakinkan di atas gelanggang. “Saya agak kecewa kerana gagal menamatkan saingan kali ini tetapi percayalah saya sudah buat yang terbaik. Cuma, ketika saya cuba melakukan angkatan, kesakitan belakang kembali dirasai.
“Saya telah makan painkiller sejak beberapa hari lepas tetapi apakan daya. Kesakitan belakang ini telah dialami sejak saya menjalani latihan di Indonesia.Pada Sukan SEA Vietnam tahun lalu, Erry yang juga anak kepada bekas jaguh angkat berat negara, Hidayat Hamidon itu membawa pulang gangsa apabila melakukan angkatan keseluruhan 316 kilogram .-UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
The last-placed runner who became toast of Cambodia at the 32nd SEA GamesBou: 'I had the right to abandon the race, but first I have a duty to represent Cambodia. So I did not give up.'
Read more »