ipoh Seramai 115 pelajar lelaki terselamat dalam kebakaran bangunan asrama lama di sebuah Maahad Tahfiz di Kampung Lambor Kanan, Seri Iskandar, Ipoh, tengah malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar, BBP Parit, Teluk Intan dan pasukan bomba sukarela dikerah bergegas ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu kira-kira 12.52 tengah malam.
Beliau berkata 80 peratus daripada asrama lama serta stor berkeluasan 35x40 persegi musnah dalam kebakaran itu, manakala dewan berkeluasan 35x45 kaki persegi terbakar 10 peratus, dan bilik kuliah tiga tingkat terbakar lima peratus. Menurutnya semua pelajar bersama lima orang guru yang berada di maahad tahfiz itu sempat lari menyelamatkan diri masing-masing sebelum api merebak, dan operasi pemadaman tamat sepenuhnya pada 3.25 pagi.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan di Ipoh, hari ini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Barudin Wariso ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam kejadian itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
4 rumah musnah terbakarbatupahat Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 4.12 petang.
Read more »
RM18.4 million given to Islamic education entities affected by Covid-19 | The Malaysian InsightMinister Zulkifli Mohamad Al-Bakri says they include tahfiz, sekolah pondok, and both public and private religious schools.
Read more »
Bantuan buat institusi pendidikan IslamKualaLumpur Bantuan berjumlah RM18.4 juta sudah diagihkan kepada sekolah agama rakyat (SAR) serta sekolah agama swasta (SAS), sekolah pondok dan tahfiz yang terkesan pandemik Covid-19.
Read more »
Joe Jonas, Sophie Turner dah jadi ibu bapaRap Pasangan selebriti, Joe Jonas dan Sophie Turner berkongsi berita gembira menyambut kelahiran bayi mereka yang selamat dilahirkan pada 22 Julai lalu.
Read more »
Sekolah masih selamat, walaupun ada murid positif Covid-19 di SabahMESKIPUN ada jangkitan Covid-19 direkodkan membabitkan murid sekolah di Sabah, kawasan sekolah dalam negara ketika ini masih selamat berikutan tiada jangkitan berlaku dalam kalangan pelajar dan guru yang dikesan berlaku di sekolah sejak sesi persekolahan dibuka semula ketika ini.
Read more »
Sauna32 tampak biasa tapi lebih selamatMENYEDARI bahaya pandemik Covid-19 yang belum reda, sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) berganding bahu membangunkan inovasi pengimbas suhu diberi nama Sauna32.
Read more »