Kebakaran hutan Kuala Langat dipadamkan sepenuhnya
KEBAKARAN yang berlaku di Hutan Simpan Kuala Langat Selatan membabitkan kawasan seluas 1.6 hektar sejak Isnin lalu berjaya dipadamkan sepenuhnya petang semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berkenaan insiden itu pada jam 6.32 petang dan menjalankan operasi pemadaman dengan kekuatan 25 anggota. Beliau berkata, operasi turut dibantu 33 anggota pelbagai agensi termasuk Pejabat Tanah dan Daerah Kuala Langat, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor , Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan polis.
Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya jam 6.30 petang semalam dan kerja membersihkan parit diteruskan oleh JPNS menggunakan jentera jengkaut, katanya. “Telaga tiub juga diaktifkan sehingga esok dan bomba akan membuat pemantauan secara berjadual di lokasi berkenaan,” katanya. – Bernama, 31 Mei, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Fire at Kuala Langat Selatan forest reserve extinguishedSHAH ALAM: The fire that broke out in the Kuala Langat Selatan Forest Reserve, covering 1.6 hectares, since last Monday, has been extinguished yesterday, said Selangor Fire and Rescue Department assistant director (Operations) Hafisham Mohd Noor said.
Read more »
Kes rasuah Adam Radlan dipindah ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur | The Malaysian InsightPemimpin Bersatu Segambut didakwa menerima rasuah RM2 juta dan meminta rasuah RM2 juta.
Read more »
Pemuda UMNO Kuala Nerus buat laporan kenyataan fitnah di akaun Facebook palsu Ahmad RazifBERITA NASIONAL Pemuda UMNO Kuala Nerus buat laporan kenyataan fitnah di akaun Facebook palsu Ahmad Razif
Read more »
Kuala Lumpur jadi hab syarikat pemula, industri digital serantauMenteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, langkah itu memerlukan perubahan dasar yang agresif mencakupi pelbagai bidang,
Read more »