KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa bekerjasama rapat dengan Polis Antarabangsa (Interpol) dan Polis Asean (Aseanapol) dalam menanga...
: Kementerian Dalam Negeri sentiasa bekerjasama rapat dengan Polis Antarabangsa dan Polis Asean dalam menangani isu pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.
Setiausaha Bahagian, Pejabat Strategik Nasional Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran KDN Syuhaida Abdul Wahab Zen berkata kerajaan tidak boleh bertindak bersendirian kerana pemerdagangan manusia serta penyeludupan migran adalah jenayah dinamik dan merentasi sempadan. “Kita mempunyai penglibatan dengan Aseanapol dan Interpol untuk kes melibatkan penyiasatan. Pihak kita bekerjasama dengan agensi ini untuk mendapatkan maklumat dan menjejaki warga kita seperti isu penipuan pekerjaan yang berlaku di Hungary dua tahun lepas.
“Selain itu, kita mempunyai platform lain seperti Constructive Consultation dengan negara anggota Bali Process on People Smuggling, Trafficking in Persons and Related Transnational Crime. Kita bergerak aktif dengan penglibatan 42 negara anggota di wilayah berbeza,” katanya dalam program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV, hari ini.
Beliau berkata terdapat tiga struktur utama dalam menangani jenayah pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran di peringkat Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan berperanan dalam penetapan dasar dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan yang merangka dasar melibatkan Pegawai Kanan dan Ketua Setiausaha Kementerian.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Balai Polis Ulu Tiram Di Serang Lelaki Bertopeng, 2 Anggota Polis Dilaporkan TerkorbanMangsa ditetak di bahagian belakang leher dan kepala, manakala seorang lagi ditembak pada bahu dan perut.
Read more »
2 Anggota Polis Maut & Seorang Cedera, Balai Polis Ulu Tiram DiserangSuspek yang memapakai topeng dan berpakaian gelap telah menyerang balai polis berkenaan dengan bersenjatakan parang pada jam 2.54 pagi tadi.
Read more »
Serangan balai polis Ulu Tiram gemparkan negara, tiga termasuk dua polis mautKUALA LUMPUR: Seluruh negara digemparkan dengan insiden serangan oleh seorang lelaki dipercayai anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI) ke atas Balai P...
Read more »
Susulan serangan Ulu Tiram: Polis perak tingkatkan kawalan di 16 ipd, 107 Balai PolisIPOH: Polis Perak mempertingkatkan kawalan keselamatan di 16 buah Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) dan 107 balai polis di negeri itu susulan kejadi...
Read more »
Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang balai polis Ulu TiramJOHOR BAHRU: Polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk melakukan siasatan lanjut dan menyeluruh terhadap insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, ...
Read more »
Polis kesan dua individu baling pasu ke arah Balai Polis SerdangKUALA LUMPUR: Berang ditegur menunggang motosikal tanpa topi keledar, dua individu yang mabuk bertindak nekad membaling pasu tembikar ke arah Balai Po...
Read more »