Beyond the Breaking News

Kapal MV Berkat Tuah kes penganiayaan komersial

Malaysia News News

Kapal MV Berkat Tuah kes penganiayaan komersial
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Kru, syarikat pengendali dan pemilik kapal MV Berkat Tuah didakwa menjadi mangsa penganiayaan komersial sehingga mengakibatkan anak-anak

PETALING JAYA: Kru, syarikat pengendali dan pemilik kapal MV Berkat Tuah didakwa menjadi mangsa penganiayaan komersial sehingga mengakibatkan anak-anak kapal terkandas lebih setahun di perairan Emiriah Arab Bersatu .

Krisis berpunca daripada tindakan sebuah syarikat berpangkalan di Singapura yang menahan kapal itu dan mengingkari perintah mahkamah berhubung liabiliti kewangan. Dynamic Navigation Sdn. Bhd. selaku syarikat pengendali menjelaskan, kegagalan mereka menyalurkan dana menyebabkan pihaknya terpaksa menanggung bebanan kos sehingga kehabisan sumber kewangan. Pengarah Urusannya, Azman Mohamad berkata, syarikat itu menahan kapal menerusi tindakan mahkamah di Sharjah, UAE dan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya ke atas keperluan serta gaji anak kapal.

“Pihak mahkamah sepatutnya melepaskan kapal tersebut daripada tahanan susulan kegagalan syarikat berpangkalan di Singapura itu menjalankan tanggungjawabnya. Namun, penahanan masih berterusan biarpun peguam pengendali telah memfailkan permohonan pelepasan beberapa kali sebelum ini.

“Kami pada awalnya telah mengambil langkah proaktif dengan menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai untuk memohon bantuan perundangan serta diplomatik demi menegakkan keadilan. “Permohonan tersebut menemui jalan buntu apabila pihak konsulat mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah kategori pertikaian komersial swasta yang berada di luar bidang kuasa mereka,” katanya kepadaAzman berkata, keengganan pihak lawan mematuhi arahan mahkamah di UAE telah mengubah senario daripada isu komersial biasa menjadi suatu bentuk pelanggaran undang-undang serta ketidakadilan yang nyata.

“Masalah terbesar yang dihadapi para pelaut adalah gangguan emosi dan mental akibat tempoh penahanan yang terlalu panjang tanpa sebarang sumber pendapatan. “Ketiadaan gaji telah menjejaskan kelangsungan hidup waris dan keluarga kru di tanah air secara drastik, walaupun keperluan asas harian seperti bekalan makanan dan bahan api kapal masih ditanggung oleh pihak syarikat insurans,” katanya. Azman menegaskan, terdapat unsur penganiayaan komersial yang terancang iaitu cubaan untuk mengambil kesempatan daripada kelemahan penguatkuasaan. – UTUSAN

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

AS akan kenakan caj 20 peratus di Selat HormuzAS akan kenakan caj 20 peratus di Selat HormuzPresiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Isnin mengumumkan bahawa Washington akan menguatkuasakan semula sekatan terhadap pelabuhan-pelabuhan Iran dan mengambil alih Selat Hormuz dengan mengenakan caj ke atas kapal-kapal yang melalui laluan perairan strategik itu.
Read more »

Malaysia's 2027 SEA Games Mascot Tuah Faces Backlash Over AI-Generated DesignMalaysia's 2027 SEA Games Mascot Tuah Faces Backlash Over AI-Generated DesignThe official mascot for the 2027 SEA Games, Tuah, has drawn heavy criticism on social media, with many questioning its futuristic appearance and speculating it was AI-generated. While organizers describe Tuah as a symbol of determination and progress, netizens have called the design uninspired and questioned why local animation studios were overlooked. The Youth and Sports Minister highlighted the mascot's name meaning success and excellence, and the event also introduced the theme 'Raikan Perpaduan' (Celebrating Unity) and a logo representing ASEAN unity through sport.
Read more »

KBS Perkenal Maskot Rasmi Sukan SEA 2027 'Tuah', Ramai Beri Pendapat BerbezaKBS Perkenal Maskot Rasmi Sukan SEA 2027 'Tuah', Ramai Beri Pendapat BerbezaMenteri Belia dan Sukan, Dr Mohamed Taufiq Johari berkata inspirasi bagi maskot Tuah timbul daripada imej wira moden yang dinamik, yakin dan mudah didekati.
Read more »

China bina replika kapal perang AS untuk latihan sasaranChina bina replika kapal perang AS untuk latihan sasaranChina dilaporkan telah membina sebuah replika kapal pemusnah milik Amerika Syarikat (AS) di sebuah tapak ujian peluru berpandu terpencil yang terletak di gurun barat laut negara itu, menurut imej satelit terbaharu.
Read more »



Render Time: 2026-08-07 14:02:37