tangkak Dadah itu dimasukkan ke dalam bungkusan makanan haiwan dan wang tunai dipercayai hasil jualan dadah RM3,449 turut ditemui.
Kegiatan didalangi dua lelaki tempatan berusia 35 dan 36 tahun itu terbongkar selepas barang terbabit ditemui dalam dua kenderaan jenis Toyota Altis dan Nissan Almera di kediaman mereka di Jalan Sialang, Tangkak, Ahad lalu.
“Dengan kerjasama BSJ Narkotik IPD Muar serbuan dilakukan ke atas sebuah rumah di taman perumahan di Jalan Sialang dan terdapat dua lelaki warga tempatan berusia 35 dan 36 tahun berada di rumah terbabit. Beliau berkata, dadah terbabit dimasukkan ke dalam bungkusan makanan haiwan dan wang tunai dipercayai hasil jualan dadah RM3,449 turut ditemui.
Mohad Idris berkata, pihaknya juga menahan dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan dan ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif Methamphetamine.