seremban Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun nyaris maut selepas terjatuh kira-kira 200 meter dari puncak Bukit Bal, di sini, petang tadi.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Pegawai Kanan Bomba Mohd Syazwan Saidy berkata, dalam kejadian jam 6 petang itu, mangsa mengalami patah tulang belakang dan pinggang.
Kanak-kanak itu mendaki bukit berkenaan bersama tiga ahli keluarga sehingga ke puncak bukit dianggarkan setinggi 230 meter sebelum terjatuh, katanya. "Mangsa dibawa naik ke puncak bukit berkenaan menggunakan peralatan khas untuk rawatan awal dan kemudian dibawa turun ke kaki bukit untuk dihantar ke hospital. Operasi mengambil masa selama satu jam 30 minit.
"Mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan di sini, malam ini. Mohd Syazwan berkata, seramai 20 anggota dari Balai Seremban 2 dikejarkan ke lokasi berkenaan sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 6.08 petang.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Fire Dept: Boy, 11, survives 200-metre fall in Bukit Bal hiking incident | Malay MailSEREMBAN, Oct 11 — An eleven-year-old boy who had hiked up up Bukit Bal here today with his family miraculously survived a 200-metre fall from the top. The victim, however, suffered serious spinal and hip injuries in the 6pm incident, Seremban 2 Fire and Rescue Station Operations Commander,...
Read more »
ADUN Bukit Kepayang dipilih pimpin Wanita PH NS - Utusan DigitalADUN Bukit Kepayang dipilih pimpin Wanita PH NS
Read more »
Lelaki gelang merah jambu di Bukit Tinggi ditahan - Utusan DigitalLelaki gelang merah jambu di Bukit Tinggi ditahan
Read more »
MACC hands money laundering suspects over to Bukit Aman | The Malaysian InsightGroup in custody includes seven police officers, suspected of running gambling operations.
Read more »
Undang-undang lebih baik untuk lindungi kanak-kanak, Putrajaya digesaPara aktivis hak asasi kanak-kanak berkata kerajaan mesti bertindak mencegah penderaan seksual dalam kalangan kanak-kanak. FMTNews HakKanak
Read more »