Kanak-kanak OKU dibunuh: Pasangan kekasih direman bantu siasatan
PASANGAN kekasih direman tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pembunuhan melibatkan seorang kanak-kanak perempuan orang kurang upaya berusia enam tahun baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata perintah tahanan reman ke atas suspek wanita berusia 34 tahun yang juga ibu kepada mangsa serta suspek lelaki berusia 35 tahun itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Bau.“Bedah siasat ke atas mangsa dilakukan semalam dan kedua-dua suspek juga diambil darah untuk perbandingan asid deoksiribonukleik dengan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuching hari ini.
Semalam, media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan OKU maut dipercayai dipukul oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian yang berlaku pada pertengahan Disember lepas. Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama, 6 Januari, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Keluarga mangsa kes bunuh kanak-kanak OKU dilindungi“Saya memandang serius berkenaan kes pembunuhan kanak-kanak OKU berusia enam tahun yang terjadi di Bau, Sarawak.'
Read more »
Sepasang kekasih didakwa bunuh kanak-kanak lelaki di Kota Tinggi | The Malaysian InsightPertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Read more »
Perlu ada jabatan khas tangani dera kanak-kanak - Raja ZarithPermaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah meminta kerajaan meneliti dan memperbaiki kelemahan sistem pihak berkuasa berkaitan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak di negara ini.
Read more »
Tubuh jabatan khas tangani kes dera kanak-kanak - NancyKita akan perbaiki kelemahan yang ada. Antara langkah itu adalah dengan mewujudkan sama ada sebuah unit, atau jabatan atau institusi baharu.
Read more »
Kerajaan tambah baik agensi terlibat tangani isu perlindungan budak, kata menteri | The Malaysian InsightNancy Shukri sedia terima kritikan, cadangan agar kementeriannya dapat lindungi kanak-kanak yang dibuli, didera.
Read more »
Peniaga dituduh lakukan amang seksual terhadap kanak-kanakKUALA TERENGGANU: Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan, minggu lalu.
Read more »