Ibu bapa kanak-kanak terbabit berjaya menyelamatkan diri namun mangsa dipercayai terperangkap dalam kenderaan itu
KUBANG PASU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terperangkap dalam kereta yang terjatuh ke dalam Sungai Korok di Jitra, petang ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.23 petang.
“Maklumat awal diterima menyatakan kenderaan tersebut telah terbabas dan jatuh ke sungai di Jalan Sungai Korok, Jitra. “Ibu dan bapa mangsa berjaya menyelamatkan diri namun kanak-kanak terbabit dipercayai terperangkap dalam kenderaan itu,” katanya di sini, hari ini. Tambahnya ketika ini pihak bomba sedang membuat pencarian permukaan di lokasi kejadian melibatkan Pasukan Penyelamat Di Air selain bantuan kren yang turut berada di lokasi.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kanak-kanak dikhuatiri lemas di tali airSeorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hilang di sebuah tali air di Kampung Kebor Besar, Manir, Kuala Terengganu kira-kira pukul 4.15 petang tadi.
Read more »
Kanak-kanak 3 tahun dikhuatiri lemas selepas jatuh tali air | The Malaysian InsightMangsa dikatakan bermain di atas jambatan sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam air.
Read more »
Radius pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas diperluasDalam kejadian kira-kira 4.15 petang semalam, Muhammad Sufi Eijas dan dua beradiknya di bawa ke kawasan itu oleh bapanya untuk bersiar-siar sebelum menghantar abangnya ke kelas mengaji.
Read more »
3 cedera termasuk seorang kanak-kanak cedera terjatuh 'Sotong Ride' | The Malaysian InsightMereka terjatuh dari permainan yang sedang bergerak dan kesemua mangsa dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan lanjut,
Read more »
Insiden 'fun fair', kanak-kanak antara cedera terjatuhKesemua mangsa sedang bermain 'sotong ride' dekat sebuah fun fair sebelum terjatuh di Bandar Puncak Alam, malam tadi
Read more »
Ahmad Samsuri sedih kanak-kanak dikhuatiri lemasAhmad Samsuri sedih kanak-kanak dikhuatiri lemas
Read more »