Kanak-kanak 10 tahun lemas mandi sungai
KOTA BELUD: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun ditemukan lemas semasa mandi di sungai berhampiran Kampung Piasau, semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 petang itu, mangsa dikenali sebagai Lysbet Tom Jones dilaporkan hilang dan dikhuatiri lemas semasa mandi di sungai. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, operasi mencari dan menyelamat pada hari kedua pagi tadi berjaya menemukan mangsa pada jarak 600 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Beliau berkata, pasukan Bomba bersama agensi penyelamat lain menjalankan operasi SAR pada pukul 8.10 pagi dengan kaedah mencari di permukaan air dan selaman.Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu kira-kira pukul 2.41 petang dan sekumpulan 14 pegawai dan anggota dari BBP Kota Belud dan dibantu lima anggota daripada BBP Kota Marudu digerakkan ke lokasi kejadian.
“Pasukan Bomba berada di lokasi kejadian mengambil maklumat dan seterusnya menjalankan operasi mencari dengan kaedah di permukaan air pada jarak 500 meter. Operasi SAR hari pertama ditangguhkan pada pukul 11.30 malam dan disambung pagi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kanak-kanak 11 tahun ditemukan lemas dalam paritSeorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas di dalam parit di kawasan ladang di Kampung Jalan Baharu Matang Jelutong di sini hari ini.
Read more »
Kanak-kanak 8 tahun ditemukan lemas di tebing Sungai DangaJOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berumur lapan tahun yang terjatuh ke dalam longkang besar di kawasan Bandar Baru Uda, Tampoi di sini semalam d...
Read more »
Kanak-kanak empat tahun cedera disyaki didera rakan ibuKUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera selepas disyaki didera penjaga sementara yang merupakan rakan wanita kepada ibu ma...
Read more »
Kanak-kanak tiga tahun maut nahas kereta dan trelerMUAR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut setelah kereta yang dinaiki bersama tujuh ahli keluarganya terlibat dalam kemalangan dengan s...
Read more »
Kanak-Kanak Umur 12 Tahun Jaga Ibu Sakit Strok Buat Ramai SebakSubhanAllah, anak yang hebat.
Read more »
Kurung kanak-kanak dalam sangkar kucing, ibu dan rakan dipenjara tiga tahunKUALA LUMPUR: Seorang ibu dan rakan wanitanya dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mengurung seorang kan...
Read more »