bagandatuk APMM Perak menahan bot nelayan tempatan kerana menangkap ikan di zon tidak dibenarkan di perairan Bagan Datuk, semalam.
Dalam kejadian 6.30 petang itu, bot nelayan berkenaan ditahan sepasukan anggota bot ronda Petir 80 ketika sedang menangkap ikan.
Pengarah Maritim Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, pemeriksaan mendapati tekong bot berkenaan adalah warga tempatan, manakala awak-awak pula warga Indonesia.“Bot bersama tekong dan awak-awak, masing-masing berusia 33 dan 40 tahun terbabit kemudiannya dibawa ke Pusat Tahanan Vesel, Sitiawan untuk diserahkan kepada Unit Siasatan bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Selain itu, pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi memelihara kehidupan marin supaya tidak terjejas. “Orang awam dimohon menyalurkan maklumat segera bagi menghalang kegiatan mencuri hasil laut di perairan negara. “Sebarang maklumat dan aduan boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau MERS 999 bagi memaklumkan sebarang kes kecemasan di laut,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Perogol nenek 72 tahun dah kena tahanLELAKI yang disyaki merogol warga emas 72 tahun, minggu lalu ditahan di Kiulu, Tuaran, pada 11.30 pagi hari ini.
Read more »
Wang kertas bebas unsur lemak babi, kata timbalan menteriWang RM1 dan RM5 guna polimer yang lebih tahan 4 kali ganda berbanding wang kertas biasa, kata Amiruddin Hamzah. FMTNews Ringgit
Read more »