Beyond the Breaking News

Kamal Adli Sah Jadi Hos Baharu Melodi, Bakal Bergandingan Dengan Ain Edruce

Ainedruce News

Kamal Adli Sah Jadi Hos Baharu Melodi, Bakal Bergandingan Dengan Ain Edruce
HosmelodiKamaladliMelodi

Mesti meriah gandingan ni.

Selepas teka-teki mengenai pengganti Fikry Ibrahim menjadi bualan ramai, akhirnya TV3 mengumumkan pelakon popular Kamal Adli sebagai pengacara baharu program hiburan ikonik, Melodi, Kamal bakal bergandingan dengan Ain Edruce sebagai duo hos yang dijangka membawa pembaharuan kepada program yang sudah lebih tiga dekad menjadi pilihan penonton Malaysia.

Menurut Kamal, peluang mengendalikan Melodi merupakan satu pengalaman yang cukup bermakna buat dirinya. Dia turut mengakui teruja untuk bekerjasama dengan Ain dan tidak sabar memulakan tugas sebagai hos.

"Terima kasih kepada Melodi sebab sudi ambil saya jadi pengacara untuk program ini. Saya memang teruja nak bekerjasama dengan Ain. Rasa tak sabar!

"Program hiburan itu kini mengetengahkan konsep lebih moden dan dinamik, termasuk perubahan pada set studio, visual serta skop liputannya bagi memenuhi cita rasa penonton masa kini. Selain itu, Melodi juga tidak lagi bersiaran pada hari Ahad seperti sebelum ini. Bermula sekarang, program tersebut akan bersiaran secara langsung setiap hari Khamis pada jam 9 malam di TV3, selain boleh distrim menerusi platform Tonton.

Dalam usaha memperluaskan kandungannya, Melodi turut memperkenalkan segmen baharu dikenali sebagai Muzik-Muzik 41, yang akan memaparkan perkembangan terkini carta muzik tempatan serta memberi peluang kepada peminat menyertai proses pengundian lagu kegemaran mereka menuju Anugerah Juara Lagu . Segmen itu turut mendapat kerjasama Hot FM sebagai rakan radio rasmi. Dengan kehadiran Kamal Adli dan pelbagai pembaharuan yang diperkenalkan, ramai pastinya tidak sabar melihat bagaimana gandingan Kamal dan Ain bakal menghidupkan semula aura Melodi untuk terus kekal relevan dalam dunia hiburan tempatan.

Read the full storyBukan Sekadar Tarian, Noraniza Idris Martabatkan Ilmu ‘Tingkah Laga Zapin’ Di Pentas AKZ 6.0

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

saysdotcom /  🏆 9. in MY

Hosmelodi Kamaladli Melodi Perkongsian Seismik

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Sebelum jadi artis, saya pernah jadi kerani, beri risalah tepi jalanSebelum jadi artis, saya pernah jadi kerani, beri risalah tepi jalanSebelum jadi artis, saya pernah jadi kerani, beri risalah tepi jalan - Syatilla Melvin
Read more »

Baru saya tahu ramai ada masalah duitBaru saya tahu ramai ada masalah duitBaru saya tahu ramai ada masalah duit - Kamal Adli
Read more »

Hampir 7 Daripada 10 Rakyat Malaysia Pilih Pengalaman, Bukan 'Destinasi' Semata-Mata Ketika BercutiHampir 7 Daripada 10 Rakyat Malaysia Pilih Pengalaman, Bukan 'Destinasi' Semata-Mata Ketika BercutiBukan destinasi yang jadi keutamaan, tetapi pengalaman.
Read more »

Kamal Adli Sah Jadi Hos Baharu Melodi, Bakal Bergandingan Dengan Ain EdruceKamal Adli Sah Jadi Hos Baharu Melodi, Bakal Bergandingan Dengan Ain EdruceMesti meriah gandingan ni.
Read more »



Render Time: 2026-08-07 15:03:23