Kalau naskhah drama perlukan artis kontroversi itu, saya akan pakai - Michael Ang
PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah terkemuka, Michael Ang tidak bersetuju dengan terma bahawa jika sesebuah produksi menggunakan khidmat artis kontroversi, maka kewujudannya dapat membantu melariskan drama.
“Saya tak berani cakap kalau orang yang ada kontroversikah, skandalkah, dapat melariskan drama atau tidak. Kadangkala ambil orang yang tengah viral pun drama tetap tak jalan. Mungkin ya, kontroversi sedikit sebanyak dapat bantu orang ramai tahu cerita yang sedang ditayangkan. Selain itu, kata Michael, dia juga biasanya tidak akan mencampuri urusan peribadi seseorang pelakon yang bekerjasama dengannya dalam sesebuah produksi selagi pelakon terbabit tidak mempunyai masalah disiplin di lokasi penggambaran.