Sedap betul manakan yang ada di Turki ni. Teringin pula rasanya... upster
TATKALA kaki melangkah ke sebuah destinasi asing, pasti ada banyak perkara yang menarik perhatian. Selain teruja dengan keunikan budaya, perbezaan bahasa dan panorama yang indah, makanan tempatan juga merupakan hal yang menarik perhatian sebenarnya.
Berada di Turki membuatkan saya sedar ada makanan menarik yang menggoda mata dan menarik perhatian. Tidak lengkap kedatangan sekiranya tidak mencuba makanan yang enak, menarik dan lain daripada yang lain. Mungkin ada segelintir orang yang sering merindukan masakan Melayu apabila berjauhan. Namun bagi saya, ini peluang untuk mencuba pelbagai jenis makanan tempatan di Turki dan sanggup menjelajah ke beberapa bandar untuk mencari dan mencuba.Tiba sahaja di Ankara, saya lihat begitu ramai peniaga menjual roti simit di tepi jalan harga 1 Turkish Lira . Roti ini sedapnya bila dimakan ketika masih panas dan boleh juga boleh di sapu dengan berbagai inti seperti Nutella atau jem kacang. Jika di Malaysia ramai yang menjual pisang goreng dengan pelbagai perasa termasuklah keju, coklat dan susu, sama juga dengan roti ini. Merasai teh Turki pula, rasanya agak janggal kerana terlalu pekat dan pahit. Lama kelamaan, saya mula sukakan rasanya dan kalau ke sini jangan lupa mencuba cay .Kebab merupakan makanan harian Turki yang disukai banyak orang di seluruh dunia. Kebab biasanya diperbuat daripada daging kambing atau lembu yang dicincang dan dipanggang pada tiang pemanggang yang berputar. Kemudian ia digulung di dalam roti pita yang sedap. Selain daging terdapat juga isi tomato, bawang Holland, pickles, lada jeruk serta sos sambal. Kalau anda kurang gemar makan dengan roti pita boleh mencuba sate kebab yang tak kurang sedap. Di sini kebab bukan makanan yang asing dan kebanyakan kedai menjualnya dengan pelbagai variasi.Mendengarkan sahaja namanya, mungkin ada yang akan merasa pelik. Tetapi borek merupakan antara makanan yang digemari yang dibuat daripada kentang. Tidak semua kedai yang menjual makanan ini sedap dan kebanyakan rasa borek di setiap kedai berbeza! Sekali pandang, borek seperti baklava namun makanan tersebut berisi kekacang dan mempunyai rasa yang manis. Manakala borek pula berisi keju, daging cincang, sayur dan kentang. Teh Turki merupakan padanan yang ‘kena’ dan wajib dicuba.Ramai yang memanggil dondurma sebagai aiskrim. Tidak jauh berbeza namun yang membuatkan makanan ini menarik dari segi tekstur yang lebih likat dan pekat. Biasanya dondurma diperbuat daripada tepung akar orkid muda danyang dihasilkan daripada getah tumbuhan . Pencuci mulut ini senang ditemui dan boleh didapati melaluiKofte adalah stik berukuran kecil seperti begedil. Makanan ini diperbuat daripada ayam, lembu, atau kambing yang dibakar serta dicampur dengan perencah. Kofte ini boleh di panggang, di rebus ataupun di goreng sesuai dengan selera. Kebanyakan penduduk di sini menikmatinya bersama salad, nasi dan juga sos. Kofte antara hidangan khas Turki yang perlu dirasai jika berkunjung ke sini. Kesedapan tekstur yang luar biasa membuatkan hidangan ini menjadi ‘menu utama’ untuk saya.Makanan Turki ini agak sama dengan pasta atau carbonara. Yang berbezanya adalah kelainan rasa manti tersebut. Pun begitu, manti merupakan sejenis ladu atau dumpling yang diisi daging lembu yang dimasak secara rebusan atau digoreng. Sesudah matang, ia akan dihidangkan bersama mentega serta yogurt masam. Satu lagi makanan khas Turki yang serupa dengan pizza adalah lahmacun. Daripada adunan roti, pelbagai bahan seperti daging cincang serta sayuran seperti tomato, bawang Holland dan beberapa bahan lagi dicampur sebelum di panggang. Bezanya dengan pide, bahagian tepi lahmacun tak dilipat tetapi masih bulat seperti pizza.Pide boleh dikatakan seperti pizza Turki dan hanya berbentuk seperti daun yang sangat panjang. Sama dengan pizza biasa, bahan tambahan Pide terdiri daripada daging cincang, lada potong, pickles dan keju. Pide ini sangat sesuai untuk di nikmati ketika sedang bersantai atau berbincang bersama kawan atau pun keluarga.Kebiasaannya kebanyakan pengembara akan menikmati kentang bakar yang dipanggil kumpir. Mereka akan memanggang kentang menggunakan kertas timah dan kemudian memotong kepada dua bahagian serta disapu dengan mentega atau keju. Ada segelintir peniaga menawarkan pelbagai variasi rasa termasuklah menambah sosej dan sos tomato. Bagi yang kurang gemar akan cepat muak kerana ‘banjiran’ keju yang banyak.Manisan khas Turki yang dibuat daripada bahan seperti agar-agar, gelatin dan juga gula. Manisan ini selalunya dihidangkan dalam bentuk potongan petak atau bulat yang kecil, berbagai warna dan ditaburi dengan gula halus supaya tak melekat. Manisan ini juga mempunyai isi lain seperti kurma, kekacang, lemon dan juga kayu manis.Baklava adalah sejenis manisan yang menjadi satu simbol masyarakat Turki kerana Baklava berasal dari Turki. Ramai suka dengan makanan ini namun tidak boleh dimakan terlalu banyak dek rasanya yang terlalu manis. Kebanyakan penduduk di sini akan menjamu baklava sempena Aidilfitri mahupun Aidiladha. Untuk membuat manisan ini memerlukan 30 helai kulit yufka nipis dan intinya pula terdiri daripada kacang pistacio atau walnut hancur. Ia akan disiram dengan air gila panas sebelum dijual kepada pelanggan. ** Nor Syahmi Suliman, 23 tahun sedang menyambung pelajaran dalam bidang Fisioterapi dan Rehabilitasi di Ankara Yildirim Beyazit University, Turki.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Yapeim peruntuk RM4 juta laksana Food BankKUANTAN 8 Sept. - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) memperuntukkan RM4 juta bagi melaksanakan program Food Bank atau Bank Makanan di seluruh negara sepanjang tahun ini.
Read more »
Suele digelar Van Dijk JermanHAMBURG 9 Sept. - Biarpun tewas kepada Belanda, namun Joachim Loew percaya pertahanan muda Niklas Suele dapat mempelajari sesuatu untuk berdepan misi wajib menang ke atas Northern Ireland dalam kelayakan Euro 2020 esok.
Read more »
Hanya penderma RM10,000 ke atas perlu beri maklumat, kata LHDNSebelum ini penderma RM5,000 ke atas dikehendaki mengemukakan maklumat kepada LHDN. FMTNews
Read more »
Lelaki 'ajar' wanita Love ScamKualaLumpur 'Saya nak beritahu, kalau nak tipu, jangan call (hubungi) pakai handphone (telefon bimbit). Kalau nak tipu pun pakailah nombor pejabat' kata Zukernain Wook, 43. .
Read more »
Islam bawa Sinead O’ Connor jalan pulang - UpsterPernah mencipta populariti di era 90-an, penyanyi Sinead O’Connor, 52, mendedahkan Islam adalah agama yang telah membawanya kembali ke jalan pulang. Memeluk Islam sekitar setahun yang lalu, Sinead mengaku setelah membaca dan mendalami kitab al-Quran, hatinya tersentuh kerana menyedari selama ini dia adalah seorang Muslim daripada pelbagai aspek. “Jika anda membaca dan memahami al-Quran, anda …
Read more »
Tak sangka dibalas Raja Permaisuri Agong [VIDEO]kualalumpur “KALAU betul dapat jemputan dari Istana, itu rezeki anak-anak,' kata penyanyi dan komposer, Shah Indrawan Ismail, 35, atau Tomok.
Read more »




