Beyond the Breaking News

Kalau BN perintah pasti ada penempatan sementara, Najib ulas perobohan di Paya Jaras

United States News News

Kalau BN perintah pasti ada penempatan sementara, Najib ulas perobohan di Paya Jaras
United States Latest News,United States Headlines

Bekas perdana menteri melawat bekas penghuni tanah rizab Sungai Kedondong yang kini menetap dalam khemah. FMTNews

Najib Razak bersama bekas-bekas penghuni melawat kesan perobohan rumah di Sungai Kedondong, Paya Jaras. PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak berkata Barisan Nasional tidak akan membiarkan bekas penghuni rumah-rumah di tanah rizab Sungai Kedondong, Paya Jaras yang dirobohkan baru-baru ini terbiar sekiranya gabungan itu memerintah Selangor.

Beliau berkata demikian selepas melawat bekas penghuni yang kini menetap dalam khemah selepas rumah dirobohkan pihak berkuasa dalam operasi penguatkuasaan undang-undang, bagi membolehkan pembinaan projek pelebaran Sungai Kedondong dalam usaha mengatasi masalah banjir. Dalam lawatan lebih kurang satu jam itu, Najib meluahkan simpati dan kebimbangannya kepada bekas penghuni yang kini tinggal dalam khemah di penempatan sementara berdekatan tapak perobohan. “Ini merupakan satu tekanan yang dahsyat bukan sahaja fizikal tapi emosi,” katanya pada pada sidang media hari ini. “Apatah lagi bila saya lihat ada bayi umur empat bulan sudah dibiarkan tidur bawah khemah dan seorang wanita yang juga pesakit kanser peringkat tiga dibiarkan tidur melarat. “Kalau ini berlaku pada zaman BN memerintah, kita mesti pasti adakan penempatan sementara,” tambahnya. Najib melawat bekas penghuni terbabit selepas solat Jumaat. Berpakaian baju Melayu merah tua dan bersongkok, kehadiran bekas perdana menteri disambut kira-kira 300 orang dengan laungan “Malu Apa Bossku”. Beliau menyifatkan tindakan kerajaan negeri dalam isu penempatan bekas-bekas penghuni itu sebagai tiada ihsan dan tidak berhati perut. “Jika nak roboh rumah, sebelum datang mana-mana prosedur perlu ada pertimbangan yang perlu dibuat,” katanya. Najib berkata dia dimaklumkan Adun Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman pernah menghantar surat kepada menteri besar Selangor membantah perobohan rumah-rumah terbabit.“Tapi saya datang, tak nampak batang hidung pun. Inilah janji tinggal janji,” katanya. Lebih 30 buah rumah di tanah rizab Sungai Kedondong dirobohkan pada 19 Sept bagi meneruskan projek pelebaran sungai yang sudah dirancang sejak 2008 tetapi ditangguhkan susulan rayuan penduduk. Menurut Khairuddin kepada Selangorkini, projek itu sepatutnya dimulakan pada Disember 2015 dan siap pada Mei 2017, dan kelewatan menyebabkan penduduk Kampung Paya Jaras Hilir, Paya Jaras Dalam, Paya Jaras Tengah dan Paya Jaras Hulu terpaksa mengharungi masalah banjir. Katanya, projek itu diberi lanjutan masa dari 1 Julai 2017 hingga 25 Julai 2018 dan dari 26 Julai 2018 hingga 18 September lepas. Beliau menambah operasi penguatkuasaan undang-undang dibuat bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara iaitu pendudukan secara tidak sah di atas tanah kerajaan, dan kerajaan negeri juga ada menawarkan rumah kepada penduduk terbabit.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

fmtoday /  🏆 5. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

RM450 million Kelantan project from BN era, says PM | The Malaysian InsightRM450 million Kelantan project from BN era, says PM | The Malaysian InsightDr Mahathir Mohamad says it’s a continuation job that was approved by the Najib administration.
Read more »

Rumah di Paya Jaras dirobohkan untuk projek tebatan banjir, kata MB | The Malaysian InsightRumah di Paya Jaras dirobohkan untuk projek tebatan banjir, kata MB | The Malaysian InsightMenteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata projek itu dirancang untuk dibina pada 2015 tetapi tidak dapat dilaksanakan ekoran penangguhan yang dimohon oleh penduduk yang membina rumah di tapak tanah projek itu.
Read more »

Selangor MB offers sarcastic praise on Paya Jaras situationSelangor MB offers sarcastic praise on Paya Jaras situationState govt had offered assistance but people are playing politics on the issue, says Amirudin.
Read more »

Mana Rumah Selangorku, soal penduduk Sg Kedondong | The Malaysian InsightMana Rumah Selangorku, soal penduduk Sg Kedondong | The Malaysian InsightMereka berang kerana Adun Paya Jaras anggap mereka degil kerana enggan berpindah.
Read more »

Penduduk Sg Kedondong sudah ditawar Rumah Selangorku, kata Adun | The Malaysian InsightPenduduk Sg Kedondong sudah ditawar Rumah Selangorku, kata Adun | The Malaysian InsightMohd Khairuddin Othman nafi lepas tangan isu perobohan rumah penduduk di atas tanah rizab tersebut.
Read more »

Dah tiga kali tangguh...Dah tiga kali tangguh...sungaibuloh Pihak berkuasa negeri sudah tiga kali menangguhkan operasi perobohan rumah penduduk yang dibina di tanah rizab kerajaan di Paya Jaras Hilir, Sungai Buloh.
Read more »



Render Time: 2026-06-11 22:58:05