Georgetown covid19 Semua kakitangan Penjara Reman Pulau Pinang, di sini kemungkinan perlu menjalani ujian saringan berikutnya bagi memastikan mereka tidak dijangkiti Covid-19, kata Pengarahnya Mohamed Jusoh Ismail.
Beliau berkata, keputusan ujian saringan kedua Covid-19 terhadap semua kakitangan yang diterima semalam adalah negatif.
Bermula jam 12.01 tengah malam tadi Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuatkuasakan di kawasan Penjara Reman Pulau Pinang serta kuarters penjara. Selain itu, Mohamed Jusoh berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menjalankan ujian saringan terhadap kontak rapat kakitangan penjara terdiri daripada ahli keluarga yang tinggal serumah.
Katanya, ketika ini semua cuti kira-kira 320 kakitangan penjara itu dibekukan dan pihaknya juga akan memastikan mereka mematuhi arahan ditetapkan terutama prosedur operasi standard ketika pelaksanaan PKPD. Dalam pada itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dalam kenyataan hari ini berkata, Majlis Keselamatan Negara Negeri Pulau Pinang memaklumkan SOP ketat dipraktikkan semua pihak terutama Jabatan Penjara Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang ketika pelaksanaan PKPD Penjara Reman Pulau Pinang.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jangan panikGeorgetown PKPD Polis menasihati orang ramai supaya tidak panik dengan pelaksanaan penutupan jalan dan sekatan jalan raya (SJR) di sekitar Penjara Reman Pulau Pinang, bermula tengah malam ini.
Read more »
Sektor pelancongan Pulau Pinang kembali merudum, kata persatuan | The Malaysian InsightJumlah pelancong domestik kebelakangan ini disifatkan hampir 'tiada', kata Matta.
Read more »
Mengantuk, anggota bomba maut kemalanganSungai Petani: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Pulau Pinang, meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 98.7 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Sungai Petani dekat sini, malam tadi.
Read more »
Covid-19: Enam kluster baharu dikenal pastikualalumpur covid19 Enam kluster baharu dikenal pasti hari ini iaitu empat di Sabah dan masing-masing satu di Selangor serta Pulau Pinang.
Read more »