Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pemansuhan semua tol di seluruh negara memerlukan masa kerana ia tidak dikendalikan syarikat konsesi sama.
Lim Guan Eng berkata, proses pengambilalihan 4 lebuh raya mampu dipercepatkan kerana semua lebuh raya itu terletak di Kuala Lumpur dan dikendalikan sebuah syarikat konsesi, iaitu Gamuda Berhad.
“Sudah tentu akan ada kajian dari Menteri Kerja Raya, Baru Bian. Tol lain dalam kajian untuk kita lihat impaknya dalam pelbagai segi, jadi kita berharap boleh dapat rumusan dalam 2 ke 3 bulan lagi. “Sebagai ganti, caj kesesakan akan diperkenalkan, iaitu pengguna lebuh raya hanya dikenakan bayaran sama dengan kadar tol sedia ada untuk waktu puncak selama 6 jam sehari.”
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more: