Kadar cukai tanah baharu tak babitkan B40

Malaysia News News

Kadar cukai tanah baharu tak babitkan B40
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 33 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 17%
  • Publisher: 51%

johorbahru Kadar cukai tanah bagi negeri ini yang disemak semula dan dikuatkuasakan pada sejak 1 Januari lalu tidak membebankan rakyat dalam golongan berpendapatan rendah (B40).

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata, ia berikutan, kadar cukai tanah yang disemak semula itu tidak membabitkan rumah pangsa jenis murah dan rumah bertingkat sederhana.“Isu berlaku peningkatan mendadak itu membabitkan tanah berstatus NIL . Jadi pemilik tanah berstatus NIL perlu tukar dahulu status tanah mengikut keadaan semasa,” katanya ketika sidang media ketika majlis Sembang Santai Menteri Besar Johor bersama pengamal media di Johor Bahru, hari ini.

Menurut Dr Sahruddin, program ‘Fast Track NIL’ yang bermula Januari hingga 31 Mac nanti dilancarkan bagi memudahkan urusan penukaran status tanah NIL. “Penukaran status tanah NIL biasanya memakan masa, namun menerusi program ini ia boleh diselesaikan dalam tempoh tujuh hari bekerja. “Mereka juga tidak perlu membayar terlebih dahulu cukai tanah itu, tetapi tukar status NIL kepada status semasa kemudian baharu membayar cukai tanah,” katanya.

Bagi memudahkan urusan orang ramai, Pejabat Tanah dan Galian Johor di setiap daerah di negeri ini kini ditutup pada 5 petang setiap Khamis dan turut dibuka pada Sabtu sehingga 12 tengah hari.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Syukur nikmat umurSyukur nikmat umurAddin ita perlu sentiasa beringat, melangkah ke tahun baharu juga menandakan usia kita semua semakin hampir ke titik penghujungnya.
Read more »

Gobind pertahan hiasan Tahun Baharu Cina di sekolah | The Malaysian InsightGobind pertahan hiasan Tahun Baharu Cina di sekolah | The Malaysian InsightMenurut Gobind, membuat perhiasan bagi meraikan sesuatu kebudayaan adalah perkara biasa.
Read more »

Orang Asli sertai bomba KedahOrang Asli sertai bomba KedahAlorsetar Wanita Orang Asli suku Semai antara 82 anggota baharu yang memulakan perkhidmatan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, bermula hari ini.
Read more »

Penduduk tertekan serangan monyetPenduduk tertekan serangan monyetLumut Kehidupan harian penduduk Kampung Baharu, Lumut semakin tertekan berikutan ‘serangan’ puluhan monyet yang menceroboh rumah dan menyelongkar untuk mencari makanan sejak tiga tahun lalu.
Read more »

Tanah mendap di TatauTanah mendap di Tatautatau Pengguna jalan raya dinasihat agar berjaga-berjaga semasa menggunakan Jalan Nanga Merit-Sangan di Tatau berikutan berikutan berlakunya mendapan tanah di kawasan berkenaan sejak tengah hari semalam.
Read more »

Ketegangan AS-Iran tak diingini Turki, kata Erdogan | The Malaysian InsightKetegangan AS-Iran tak diingini Turki, kata Erdogan | The Malaysian Insight
Read more »



Render Time: 2025-03-07 04:36:28