Beyond the Breaking News

Jurutera kemuka tuntutan palsu RM14,142 didakwa - Utusan Digital

Malaysia News News

Jurutera kemuka tuntutan palsu RM14,142 didakwa - Utusan Digital
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines

Jurutera kemuka tuntutan palsu RM14,142 didakwa

SHAH ALAM: Seorang jurutera kanan Tenaga Nasional Berhad mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM14,142.25 pada tahun 2018.

Mohammad Khuzairee Ibrahim, 40, turut mengaku tidak bersalah atas enam lagi pertuduhan pilihan menggunakan dokumen-dokumen sebagai tulen dalam tuntutan kerja luar.Berdasarkan pertuduhan utama, Mohammad Khuzairee, bapa kepada dua anak didakwa sebagai jurutera kanan memperdayakan prinsipalnya, Ketua Unit Project Mobility Solution, Muhamad Had Kadir tuntutan kerja luar berjumlah RM14,142.15 yang mengandungi butiran palsu. Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 Akta sama boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mana-mana lebih tinggi. Bagi enam pertuduhan pilihan, Mohammad Khuzairee yang mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM14,000 didakwa dengan curang menggunakan dokumen-dokumen sebagai tulen di dalam tuntutan kerja luar yang mana dia mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen-dokumen tersebut adalah palsu. Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 465 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Dia didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Pejabat Project Mobility Solution, Distribution Network TNB di Jalan Timur PJS 10, Petaling Jaya antara 25 Januari 2018 sehingga 31 Julai 2018. Mahkamah menetapkan jaminan RM8,000 dan membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Putrajaya pada minggu pertama setiap bulan dan kes ditetapkan untuk sebutan pada 7 Februari hadapan.- UTUSAN

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Pemilikan saham Azam Baki: Ahli Parlimen kemuka usul tergempar - Utusan DigitalPemilikan saham Azam Baki: Ahli Parlimen kemuka usul tergempar - Utusan Digital“Pada pagi 6 Januari bagi pihak rakyat Malaysia, saya mengambil tanggungjawab membawa isu pemilikan saham yang sangat mencurigakan oleh penjawat tertinggi SPRM'.
Read more »

Budak lelaki paling kuat dunia, kongsi penampilan baharu - Utusan DigitalBudak lelaki paling kuat dunia, kongsi penampilan baharu - Utusan DigitalPernah berjalan guna tapak tangan sejauh 10 meter paling pantas ketika berusia lima tahun.
Read more »

Azam Baki perlu kemuka bukti – SC - Utusan DigitalAzam Baki perlu kemuka bukti – SC - Utusan DigitalAzam Baki perlu kemuka bukti – SC
Read more »

Jual sahaja Ronaldo – Agbonlahor - Utusan DigitalJual sahaja Ronaldo – Agbonlahor - Utusan Digital“Anda boleh nampak perbezaan permainan (Bruno) Fernandes sejak kehadiran Ro­naldo. Sebelum Ronaldo tiba, dia pemain utama tetapi sekarang Ronaldo menjadi keutamaan pasukan.'
Read more »

‘Ini bukan akaun Shopee’ - Utusan Digital‘Ini bukan akaun Shopee’ - Utusan DigitalJawapan Azam dianggap tidak munasabah.
Read more »

Banjir itu hujan air mata - Utusan DigitalBanjir itu hujan air mata - Utusan DigitalBanjir itu hujan air mata
Read more »



Render Time: 2026-07-16 05:00:14