'Cuaca di kebanyakan tempat di Terengganu pada hari ini adalah mendung.'
KUALA TERENGGANU : Jumlah mangsa banjir di Terengganu kekal tidak berubah dengan hanya 37 orang daripada 10 keluarga sahaja setakat pukul 10 pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu memaklumkan kesemua mereka kini berada di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Atas Tol di sini sejak petang semalam.Namun, orang ramai perlu terus berwaspada berikutan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia bahawa luruan monsun dijangka memasuki rantau negara mulai esok berdasarkan berdasarkan analisis model-model cuaca.
Keadaan itu boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung dan timur Sabah dalam tempoh 17 hingga 21 Disember 2022. Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar bandaraya Kuala Terengganu pula mendapati rutin harian penduduk berjalan seperti biasa terutama mereka yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.
Kerja-kerja pembersihan pasca banjir di kebanyakan rumah mangsa juga hampir selesai dan tempat pembuangan sampah pula dipenuhi pelbagai barangan yang rosak akibat bencana itu. – UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor turun | The Malaysian InsightJumlah mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Johor turun
Read more »
Jumlah mangsa banjir di 4 negeri kekal | The Malaysian InsightIa melibatkan Pahang, Terengganu, Johor dan Kelantan.
Read more »
Jumlah dagangan Malaysia-Korea Selatan melangkaui AS$20 bilion | The Malaysian InsightKorea Selatan sentiasa kekal sebagai antara penerima pelaburan langsung asing utama Malaysia.
Read more »
Perkhidmatan bas percuma GoKL tambah dua laluan baharu, jumlah keseluruhan 13 laluan - DBKL - paultan.orgBagi meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di kalangan warga kota, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menambah dua laluan baharu, dikenali Laluan Krim dan Merah Lembayung. Ia meliputi kawasan luar pusat bandar menjadikan keseluruhan 13 …
Read more »
Banjir: 40 mangsa dipindahkan di dua PPS di Hulu Terengganu'Ketika ini, hujan lebat masih berlaku di Hulu Terengganu serta beberapa daerah yang lain.'
Read more »
Banjir di Terengganu pulih, semua PPS ditutup'Bagaimanapun, Bahagian Gerakan Bencana Negeri masih dalam keadaan berjaga-jaga untuk sebarang kemungkinan berlakunya banjir gelombang kedua dalam masa terdekat ini.'
Read more »