Jual kekabu tampung hidup

Malaysia News News

Jual kekabu tampung hidup
Malaysia Latest News,Malaysia Headlines
  • 📰 hmetromy
  • ⏱ Reading Time:
  • 37 sec. here
  • 2 min. at publisher
  • 📊 Quality Score:
  • News: 18%
  • Publisher: 51%

rantaupanjang Seorang ibu tunggal mencari rezeki dengan menjual kekabu yang dikumpul hampir setiap hari, bagi menampung hidup keluarganya di Kampung Kok Pauh, Rantau Panjang.

Rohayu Mohd Kilat, 45, yang juga bekerja sebagai tukang kebun sekolah berkata, dia lebih aktif mengumpul kekabu sejak Perintah Kawalan Pergerakan apabila menghadapi kesukaran mencari pendapatan lain.

"Akibat kesempitan hidup selepas kematian suami , sejak lima tahun lalu kerana batuk kering, saya terpaksa menempatkan tiga anak perempuan berusia 14 hingga 19 tahun di rumah anak yatim demi kehidupan mereka yang lebih baik. Rohayu berkata, selepas kekabu dibuang biji dan diasingkan, dia akan menjual dengan harga RM15 untuk sekilogram dan biasanya pelanggan datang terus ke rumah untuk membeli kekabu bagi tujuan membuat bantal atau tilam.

"Setiap hari saya menghabiskan masa beberapa jam di bawah rumah untuk mengasingkan kekabu dari bijinya sebelum dimasukkan ke dalam guni untuk dijual. Kadang-kadang rasa sakit dan sengal di badan, namun demi mencari sesuap nasi saya tahan sahaja," katanya.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Wanita lumpuh ditemui masih hidup selepas ditanam 3 hariWanita lumpuh ditemui masih hidup selepas ditanam 3 hariAnak sendiri tergamak menanam ibunya yang lumpuh hidup-hidup dan berjaya ditemui polis selepas menerima laporan daripada menantu. FMTNews FMTOhsem
Read more »

Mahu jadi Aliff Syukri baharuMahu jadi Aliff Syukri baharu“RINDU sangat nak peluk anak saya Raudah. Lama saya menyepi bukannya merajuk, cuma muhasabah diri untuk menjadi manusia yang soleh, menghargai, matang dan apa yang saya perlukan dalam hidup,
Read more »

Prihatin nasib lelaki lumpuhPrihatin nasib lelaki lumpuhPRIHATIN dengan nasib menimpa seorang lelaki lumpuh yang memerlukan bantuan kerusi roda, Balai Polis Daerah Baling tampil menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban Mohd Huzairil Husain, 45, yang hidup sebatang kara di Kampung Baru, Pekan Lama, Kuala Ketil, Kedah.
Read more »



Render Time: 2025-03-06 22:41:17