Johor dilanda banjir kilat – 1,591 mangsa dipindahkan; hujan lebat dijangka berterusan hingga Khamis
Antara lokasi yang dilanda banjir kilat ialah Kampung Plentong Baru, Jalan Kangkong, Jalan Mawar, Jalan Kongkong dan Jalan Bunga Tanjung yang terletak di Masai. Selain itu, lokasi lain termasuk Batu 19, Sungai Tiram, Kluang, Jalan Sungai Tiram , Chaah , Labis, Kangkar Tebrau, Kota Tinggi dan Kota Masai.
Menurut Jabatan Kerja Raya Johor, terdapat beberapa laluan yang ditutup kerana ditenggelami banjir. Ini termasuk Kluang-Mersing , Jalan Mohd Salim, Jalan Jemaluang Batu Pahat di daerah Mersing, dan beberapa jalan di Kota Tinggi , Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Kota Tinggi-Kluang . “Diharap pengguna jalan raya merancang perjalanan masing-masing disebabkan terdapat beberapa laluan ditenggelami banjir dan berlaku tanah runtuh di beberapa daerah,” kata JKR Johor.
Jabatan Meteorologi Malaysia pula menjangkakan hujan lebat berterusan sehingga Khamis ini di beberapa buah negeri. Paras air pada tahap berbahaya juga telah dicatatkan di beberapa sungai di Johor. Apa pun, harap semua mangsa yang terlibat teruslah bersabar menghadapi ujian ini. Kita memang tidak dapat mengelakkan risiko bencana banjir, namun berapa ramai di antara kita yang menyedari kepentingan mengambil insurans kenderaan termasuk menyertakan sekali insurans bencana alam? Ketahuilah bahawa kos untuk baikpulih kenderaan yang rosak akibat banjir bukannya kecil. Justeru, peruntukan sedikit modal untuk menambah kos insurans kenderaan anda dengan perlindungan bencana alam termasuk banjir.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor, sehingga KhamisMetMalaysia turut meramalkan hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan lain di Pahang, Negeri Sembilan, dan Melaka, serta tahap waspada di Perak, Terengganu dan Selangor.
Read more »
Amaran hujan lebat tahap bahaya di Johor, Pahang hingga 2 Mac | The Malaysian InsightAmaran turut dikeluarkan bagi beberapa negeri lain termasuk Perak, Sarawak, Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Terengganu.
Read more »
MetMalaysia keluar amaran hujan berterusan di beberapa negeri | The Malaysian InsightHujan lebat berterusan peringkat bahaya dijangka berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Johor sehingga Khamis ini.
Read more »
Risiko banjir kilat di Johor, Sarawak dalam tempoh 12 jam | The Malaysian InsightDi Johor melibatkan mukim Sungai Punggor bagi daerah Batu Pahat dan mukim Benut di daerah Pontian.
Read more »
Bekalan ikan cukup di Johor menjelang RamadanBekalan ikan cukup di Johor menjelang Ramadan
Read more »