rap DENGAN sekali lafaz, penyanyi hip hop popular, Joe Flizzow sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Marini Ramlan dalam satu majlis tertutup, hari ini.
Joe, 41, atau nama sebenarnya Johan Ishak dinikahkan Ustaz Mohd Borhanuddin Othman di hadapan keluarga dan rakan terdekat.
Pada majlis itu, Joe menyerahkan mas kahwin RM80 berserta lima dulang hantaran kepada pihak perempuan dibalas tujuh dulang.Joe berkata, walaupun diadakan secara sederhana, dia bersyukur apabila impiannya mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan dipermudahkan. "Syukur, walaupun majlis diadakan kecil-kecilan, ia sangat bermakna buat kami. Saya ingin berterima kasih kepada semua yang tidak putus mendoakan kebahagiaan serta kesejahteraan saya. Saya tidak sabar untuk kembali bertemu peminat selepas pandemik Covid-19 ini berakhir," katanya.Bagaimanapun, majlis itu terpaksa ditangguhkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac lalu.Pada Disember tahun lalu, mereka mengikat tali pertunangan.
Marini sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengurus Besar Inovasi Kandungan & Digital, Primeworks Studios Sdn Bhd, namun kini memilih untuk bekerja sendiri.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Toreh telinga isteri tak masakSulawesi: Seorang suami hilang pertimbangan dengan memotong sebahagian telinga isterinya kerana gagal menyediakan makanan, Isnin lalu.
Read more »
Dah jahil mengelirukan pulaAddin Masa kini menunjukkan banyak pihak sangat teruja untuk memperkatakan berkenaan isu yang menyentuh hal ehwal agama.
Read more »
Broga Hill closed due to overcrowding and 9 news you may have missedKINI ROUNDUP | Key headlines you may have missed yesterday, in brief.
Read more »
Harapan hopes to mend Anwar-Dr M ties and 9 news you may have missedKINI ROUNDUP | Key headlines you may have missed yesterday, in brief.
Read more »
Kereta 'digoda' hantuTokyo: Rumah hantu pandu lalu kini diperkenalkan di Jepun sebagai hiburan alternatif ketika penularan Covid-19.
Read more »
Luna Maya selesa di rumah RM2.6 jutaPELAKON, Luna Maya menetapkan syarat bersedia berpindah ke rumah suami selepas bernikah sekiranya rumah itu jauh lebih besar daripada kediamannya yang terletak di Jakarta Selatan.
Read more »