kualaterengganu Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 54 bulan dan satu sebatan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun.
Hakim Wan Azimah Yaacob membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Afiru Afireen Razali, 27, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.Mengikut fakta kes, mangsa yang berada di rumah ibu angkatnya di Chendering pada 1.30 pagi, 3 Mei lalu diajak tertuduh membeli makanan. Mangsa menolak kepala tertuduh menyebabkan tertuduh memegang tangan mangsa sebelum remaja itu menggigit lengan kiri sehingga tertuduh melepaskan mangsa.