Jho Low mahu surat putera Arab dirahsiakan, kata saksi
Jho Low mahu empat pucuk surat daripada seorang putera Arab Saudi yang kononnya menjanjikan sumbangan kepada Najib Razak dirahsiakan daripada pengetahuan umum.– Gambar fail The Malaysian Insight, 7 November, 2022.
Joanna Yu Ging Ping, 51, bekas pengurus perhubungan di AmBank mengesahkan perkara itu apabila ditunjukkan transkrip mesej Blackberry Messenger bertarikh 23 Jun 2014 oleh Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram semasa perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram bekas perdana menteri itu melibatkan RM2.3 bilion milik 1Malaysia Development Berhad .
Ketika ditanya Sri Ram mengenai apa yang beliau fahami daripada mesej itu, Yu berkata surat tersebut untuk mengesahkan bahawa dana yang masuk ke dalam akaun Najib adalah hasil daripada sumbangan dari Arab.Saksi itu berkata setiap kali akaun bank Najib terlebih pengeluaran, beliau akan memaklumkan sama ada kepada Nik Faisal Ariff Kamil atau Jho Low supaya cek yang dikeluarkan Najib tidak dtolak kerana kekurangan wang dalam akaun.
Apabila ditanya sama ada bank akan menolak cek dalam keadaan sedemikian, Yu menjawab: “Ini akaun perdana menteri, jadi kami akan usaha mendapatkan dana supaya nampak elok,”.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
1MDB Trial: Jho wanted Arab letters to be secret - witnessLetters were to confirm Najib's funds from alleged Arab donations.
Read more »
Jho Low gelar Najib 'Optimus Prime'KUALA LUMPUR: 'Optimus Prime' iaitu salah satu watak dalam filem aksi Transformers merupakan gelaran yang dirujuk kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dalam urusan pengendalian transaksi wang dalam akaun peribadi beliau di AmBank.
Read more »
1MDB trial: Jho referred to Najib as Optimus Prime, says ex-banker1MDB Trial: Jho referred to Najib as Optimus Prime - ex-banker
Read more »
Maxis is having a 5G device sale but some models don't even support 5G - SoyaCincauDespite not having 5G access, Maxis is having a 5G device sale with smartphones offered for as low as RM0. The problem is, some of the devices don't even support 5G.
Read more »