KOTA BELUD: Jetama Sdn. Bhd. komited dalam usaha membawa perubahan khasnya kepada alam sekitar Sabah dengan mengorak langkah pertama mereka sebagai syarikat berkaitan kerajaan pertama yang terlibat dalam usaha konservasi batu karang.
Pengurus Besar , Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata usaha itu dilakukan bagi membuka ruang kepada lebih ramai GLC lain lebih peka terhadap kepentingan untuk terlibat sama dalam usaha memelihara dan memulihara alam.“Usaha ini dijalankan menerusi semaian terumbu karang di tapak di One Ocean Conservation Centre Borneo kerana kita yakin, usaha kita mengambil terumbu karang ini sebagai ‘anak angkat’ mampu membawa perubahan kepada kelestarian alam khasnya lautan.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Daily Express di Pusat Konservasi Borneo One Ocean di Kota Belud baru-baru ini.Menurut Ahmad Zaki lagi, nelayan tempatan bergantung kepada hasil laut dan sangat wajar untuk usaha mendidik semua pihak tentang kepentingan memelihara serta memulihara hidupan marin.
Ahmad Zaki turut menzahirkan harapan beliau untuk mengajak lebih banyak syarikat GLC, agensi-agensi serta badan bukan kerajaan dan kerajaan negeri sendiri untuk tampil bekerjasama dalam usaha konservasi terumbu karang. “Saya yakin ini adalah petanda bahawa usaha konservasi terumbu karang semakin mendapat perhatian banyak pihak.
One Ocean turut mengalu-alukan pihak luar yang ingin turut sama dalam usaha konservasi terumbu karang dan membantu mereka bagi sama-sama menjayakan usaha memulihkan kawasan persisir pantai dan dasar laut yang musnah akibat bom ikan.