Pesawat pejuang tentera F-16 mengiringi pesawat pasukan Poland ketika berlepas ke Qatar bagi menyertai Piala Dunia 2022.
Kejohanan bola sepak terbesar di dunia itu akan bermula Ahad ini yang menyaksikan Qatar akan menentang Ecuador dalam perlawanan pembuka tirai.
Semalam, dua jet tentera mengiringi bintang utama, Robert Lewandowski dan rakan sepasukan yang akan membantu Poland bagi melepasi peringkat kalah mati buat pertama kali sejak tahun 1986.Via @LaczyNasPilka pic.twitter.com/R7BAx1uhbBFaktor utama pesawat itu diiringi jet pejuang susulan kematian membabitkan dua warga Poland di ladang kira-kira 10 kilometer dari sempadan Ukraine pada Selasa lalu.
Presiden Poland, Andrzej Duda berkata bahawa kemungkinan besar ia disebabkan roket pertahanan udara Ukraine yang menyebabkan insiden malang itu. Jet pejuang itu mengiringi penerbangan membawa pasukan kebangsaan itu hingga sempadan Poland untuk ke Timur Tengah. Akaun rasmi pasukan kebangsaan menyebut: “Kami diiringi ke sempadan selatan Poland oleh pesawat F16!Terima kasih kepada juruterbang!” – AGENSI
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jet pejuang F-16 iringi penerbangan skuad Piala Dunia PolandPoland enggan mengambil risiko keselamatan ekoran kematian dua warga mereka di ladang kira-kira 10 kilometer dari sempadan Ukraine, Selasa lalu.
Read more »
Tidak sempat sembuh, Mane digugurkan daripada Piala DuniaKetiadaan Mane, 30, yang berada di tempat kedua di belakang Karim Benzema dalam anugerah Ballon d'Or bulan lalu memberi tamparan hebat buat
Read more »
Harimau Malaya boleh ke Piala Dunia“Tak jauh lagi..sudah dekat kita percaya dengan jurulatih (Kim Pan-gon) dan barisan pemain. Apa yang penting adalah buatkan penyokong Malaysia berbangga dengan Harimau Malaya.' - V. Ruventhiran
Read more »
Piala Dunia: Pemain berdepan risiko strok habaPemain-pemain yang beraksi di Piala Dunia Qatar berdepan risiko mengalami strok haba apabila berlatih atau bermain dalam suhu panas yang tinggi. Amaran itu disuarakan profesor kemanusiaan dan fisiologi gunaan di Universiti Portsmouth di Britain Mike…
Read more »
Harga tiket kekal, final Piala Malaysia di Bukit JalilStadium Nasional Bukit Jalil sekali lagi menjadi venue pilihan untuk final Piala Malaysia pada 26 November depan, malah MFL juga memutuskan tiket perlawanan akhir tidak akan dinaikkan biarpun berdepan peningkatan kos operasi.
Read more »