Bagi menjaga hubungan baik negara tetangga, Malaysia dilihat mengambil pendekatan diplomasi dalam menangani isu jerebu utusanonline
Bagaimanapun, ini tidak bermaksud negara ini mengambil sikap tidak endah atau hanya bersikap diam diri berhubung perkara berkenaan.
Penganalisis Politik Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Ahmad Martadha Mohamed berkata, mengenakan tindakan saman atau perundangan terhadap negara jiran adalah merupakan satu laluan yang keras.“Ada usaha orang perseorangan yang cuba saman kerajaan Indonesia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa . Tetapi, kerajaan tidak lakukan itu semua. Guna saluran diplomatik,” katanya ketika dihubungi Utusan Online di sini hari ini.
Beliau ditanya kewajaran untuk Malaysia mengambil tindakan perundangan berhubung isu jerebu di negara ini. Tambah Ahmad Martadha, saluran diplomatik adalah bagi memastikan hubungan kedua-dua negara berada dalam keadaan baik.“Kita turut salur bantuan. Hantar bantuan Bomba. Hulur peralatan yang diperlukan. Pendekatan ilmiah, perbincangan dari pakar-pakar dua negara untuk mencari solusi pembakaran terbuka.
“Malaysia tidak kecam dan tidak saman. Kita anggap Indonesia sebagai negara jiran kita. Kita selesai hubungan diplomatik,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jerebu: Malaysia tidak guna perundanganKUALA LUMPUR 12 Sept. - Bagi menjaga hubungan baik negara tetangga, Malaysia dilihat mengambil pendekatan diplomasi dalam menangani isu jerebu yang dikatakan berpunca dari Indonesia.
Read more »
Jerebu: Venue sambutan Hari Malaysia berpindahKUCHING 11 Sept. - Sambutan Hari Malaysia yang pada mulanya dirancang berlangsung di Padang Merdeka di tengah pusat bandar sini, akan dipindahkan ke Stadium Perpaduan di sini susulan isu jerebu yang melanda, yang diramal berlarutan sehingga hujung bulan.
Read more »
Jerebu: Malaysia bidas Indonesiakualalumpur Malaysia membidas semula kenyataan penafian Indonesia berhubung jerebu yang sedang melanda negara ini bukan berpunca daripada kebakaran hutan dan belukar di republik berkenaan.
Read more »
Jerebu: Malaysia tak protes tapi mahu bantu IndonesiaMalaysia menawarkan bantuan menangani kebakaran hutan dan jerebu di beberapa wilayah Indonesia ketika ini. FMTNews
Read more »
Jerebu: 6 kawasan Selangor capai IPU tidak sihatSHAH ALAM 11 Sept. - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan di Selangor menunjukkan tahap tidak sihat setakat pukul 7 pagi ini.
Read more »