KLANG: Jenazah penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Sha...
: Jenazah penunggang p-hailing Muhamad Hafiz Muhamad Saleh, 32, mangsa nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina Shah Alam Khamis lepas, dituntut keluarganya pagi ini bagi urusan pengebumian.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata jenazah akan dihantar untuk dikebumikan di Sidam, Sungai Petani di Kedah seperti yang diminta oleh keluarganya. “Pihak kami telah menghubungi ayah dan abang kepada Muhamad Hafiz bahawa jenazah boleh dituntut pagi ini. “Jenazah akan dimandikan dan dikafankan oleh petugas Jabatan Agama Islam Selangor di Masjid Jamek Ar-Rahimiah berhampiran dengan Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebelum dihantar ke Sungai Petani,“ katanya dalam sidang media di Jabatan Forensik HTAR di sini hari ini.
Sementara itu, bapa kepada Allahyarham, Muhamad Saleh Othman, 57, berkata jenazah anaknya akan dibawa ke Masjid Al Huda Kampung Jerong, Sungai Petani untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan.Muhamad Saleh berkata beliau mengetahui jenazah anaknya boleh dituntut apabila menerima panggilan daripada anggota polis tengah malam tadi.Muhamad Saleh hadir ke Jabatan Forensik bersama isterinya Jamilah Ismail, 53, kira-kira pukul 8.30 pagi tadi bagi urusan tuntutan jenazah anak sulungnya itu.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Kes Pesawat Terhempas Di Elmina: Persimpangan Elmina Ditutup, Ini Laluan Alternatif Untuk PenggunaPersimpangan Elmina (Exit 3504) iaitu laluan keluar dan masuk ke Elmina di kedua-dua arah dari Lebuhraya Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) ditutup buat sementara.
Read more »
Police say searching for other possible victims of deadly Bandar Elmina private jet crashSHAH ALAM, Aug 17 — Search-and-rescue efforts have commenced over the crash of a private aircraft in Bandar Elmina here this afternoon, Selangor police chief Datuk Hussein Omar...
Read more »
Private jet operator says will cooperate with authorities over Bandar Elmina crashPETALING JAYA, Aug 17 — Private jet operator Jet Valet Sdn Bhd said it will cooperate with authorities to the fullest after a fatal crash involving one of its jets took place in...
Read more »
Cops: 10 dead after private jet crashes in Shah Alam’s Bandar ElminaKUALA LUMPUR, Aug 17 — Police have confirmed that 10 people have been killed in a private jet crash in Bandar Elmina, Shah Alam. It is understood that this number involves eight...
Read more »
Agong arrives at scene of Bandar Elmina private jet crashSHAH ALAM, Aug 17 — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah has arrived at the scene of a private jet crash at the Guthrie Highway, near...
Read more »
Not The First Crash For Elmina - Second Since 1977Bandar Elmina previously also saw the crash of Japanese Airlines Flight 715 in 1977.
Read more »