Jemaah haji B40, M40 dikenal pasti melalui senarai STR
BAKAL jemaah haji dalam kategori B40 dan M40 dikenal pasti melalui senarai penerima Sumbangan Tunai Rahmah , manakala bagi kumpulan T20 adalah berdasarkan pendapatan individu melebihi RM15,000 sebulan dan bukan pendapatan isi rumah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji bekerjasama dengan kerajaan untuk menyemak silang maklumat bakal haji dengan pangkalan data sedia ada berkaitan pendapatan jemaah yang terpilih. “Bagi musim haji 1444H/2023M, sebanyak 45.7% yang terpilih terdiri daripada jemaah haji kumpulan B40, 52.3% pula adalah jemaah haji kumpulan M40 dan 2% lagi adalah kumpulan T20,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menjawab soalan Abdul Latiff Abdul Rahman yang ingin tahu kriteria digunakan untuk mengklasifikasikan golongan B40, M40 dan T20 dalam menentukan mereka yang menerima tawaran untuk mengerjakan haji tahun 1444 Hijrah. Bagi penambahan kuota haji, Mohd Na’im berkata Malaysia mengemukakan permohonan kepada kerajaan Arab Saudi dan kini menunggu keputusan rayuan itu. – Bernama, 8 Jun, 2023.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Criteria for classifying B40, M40, T20 haj groups focus of Parliament on Thursday (June 8)KUALA LUMPUR: The criteria used to classify the B40, M40 and T20 groups in selecting individuals to perform haj for the 1444H season and the number of pilgrims to receive the offer this year are expected to be the focus of the Dewan Rakyat sitting on Thursday (June 8).
Read more »
Criteria for classifying B40, M40, T20 groups to perform Haj focus of Parliament todayKUALA LUMPUR, June 8 ― The criteria used to classify the B40, M40 and T20 groups in selecting individuals to perform Haj for the 1444H season and the number of pilgrims to...
Read more »
No more B40, M40, T20? Economists welcome govt’s move to ‘household net disposable income’ for targeted subsidiesKUALA LUMPUR, June 8 — The categorisation of Malaysians into bottom, middle and high-income earners — the B40, M40, T20 — have again come into the spotlight as Putrajaya...
Read more »
5,650 units of replacement homes for B40 residents in Bandar Tun RazakA TOTAL of 5,650 units of replacement homes will be ready in 2030 for the B40 group who are residing in four low-cost housing projects in Cheras.
Read more »
Nyaris terlepas tunai ibadah haji, jemaah ditinggal bas ketika pergi tandasAsiaTenggara LUARNEGARA TERKINI Nyaris terlepas tunai ibadah haji, jemaah ditinggal bas ketika pergi tandas
Read more »