Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa, Alam Nasut Ilias berkata, ia susulan pemeriksaan lanjut yang dilakukan mendapati bara api masih lagi wujud di lokasi kebakaran tersebut.
KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kelantan terpaksa menyambung kerja-kerja memadamkan kebakaran di pusat pengumpulan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini yang sepatutnya ditamatkan petang tadi.
“Melihat kepada situasi itu, kami membuat keputusan untuk meneruskan operasi bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya. “Pada masa sama, kita akan terus menggunakan jengkaut dalam membantu melancarkan tugas memadam kebakaran tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Utusan Online sebelum itu melaporkan, operasi pemadaman kebakaran di pusat pengumpulan kitar semula di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa dijangka tamat hari ini.
Terdahulu, media melaporkan, penduduk di Jalan Padang Tembak, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, di sini gempar selepas sebuah kilang barangan kitar semula musnah dalam kejadian kebakaran pada Ahad lalu.-UTUSAN
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Parti Dalam Balai: 4 Anggota Termasuk Inspektor Dipindah Serta-merta Ke Johor & KelantanJangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan! Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular laporan mengenai dakwaan seorang anggota polis telah mengadakan parti persendirian…
Read more »
PKR Kelantan wujud kerangka kerja, strategi tawan Kelantan pada PRU-16KOTA BHARU: PKR Kelantan sudah memiliki kerangka kerja dan strategi bagi mendekati rakyat di negeri ini sebagai persiapan awal menghadapi Pilihan Raya...
Read more »
Kelantan PKR draws up framework, strategy to capture Kelantan in GE16KOTA BHARU: Kelantan PKR has already drawn up the framework and strategy to draw closer to the people in Kelantan as early preparation for the next ge...
Read more »
Ketua balai, dua anggota polis ditahan di pusat hiburan positif dadahSeorang ketua balai dan dua anggotanya yang ditahan berhibur di sebuah pusat hiburan di Taman Dutamas, Cheras di sini, semalam, didapati positif dadah.
Read more »
Mohd. Yusoff Ketua Polis Kelantan baharuTimbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, Datuk Mohd. Yusoff Mamat lantik sebagai Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari ini.
Read more »
Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan berkuat kuasa hari iniKOTA BHARU: Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman Datuk Mohd Yusoff Mamat dilantik Ketua Polis Kelanta...
Read more »