Penubuhan jawatankuasa khas itu adalah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Ogos lepas. utusanonline
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dalam satu kenyataan hari ini berkata, penubuhan jawatankuasa khas itu adalah berdasarkan keputusan Jemaah Menteri pada 29 Ogos lepas.Ahli-ahlinya terdiri daripada mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, mantan pegawai Jabatan Peguam Negara, mantan pegawai kanan Jabatan Penjara, wakil Majlis Peguam, wakil Suruhanjaya Hak Asasi Manusia , ahli akademik, pakar kajian jenayah dan wakil pertubuhan masyarakat sivil .
“Kerajaan mengambil langkah proaktif dan berhati-hati dengan menubuhkan jawatankuasa khas ini bagi memastikan hukuman alternatif ini adalah setimpal dengan kesalahan jenayah yang dilakukan serta mengambil kira implikasi dan kebajikan terhadap mangsa perlakuan jenayah tersebut,” kata Liew. Beliau berkata pemansuhan hukuman mati mandatori akan memberi budi bicara kepada hakim untuk menjatuhkan hukuman mati atau hukuman alternatif berdasarkan fakta kes.
Liew berkata, cadangan penghapusan hukuman mati mandatori itu adalah selaras dengan Janji 27 dalam manifesto Pakatan Harapan.- BERNAMA
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Perbicaraan kes bunuh CEO Cradle Fund bermula hari iniPertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama memperuntukkan hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan. FMTNews
Read more »
MPM perlu selesai cara baikKUALA LUMPUR 4 Sept. - Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) boleh berdepan hukuman penggantungan daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PPS) andai masih gagal mendapatkan penyelesaian berhubung kemelut yang dihadapi ketika ini.
Read more »
Bekas isteri waris Naza dipenjara 7 hari, Maria Chin kecam mahkamah Syariah | The Malaysian InsightMahkamah Syariah Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari kepada Emilia Hanifi, bekas isteri Pengerusi Eksekutif SM Faisal SM Nasimuddin kerana menghina mahkamah apabila mengatur jadual lawatan bekas suami dengan anak-anaknya.
Read more »
Pengerusi Naza akan saman Maria Chin kerana hina mahkamahIa selepas Ahli Parlimen Petaling Jaya itu mengkritik hukuman penjara yang dijatuhkan Mahkamah Syariah ke atas bekas isteri ahli perniagaan itu. FMTNews
Read more »
Enam individu cuba rancang serang tentera NATO dijatuhi hukuman penjaraPRISTINA 5 Sept. - Mahkamah Kosovo menjatuhkan hukuman penjara selama satu hingga 10 tahun terhadap enam orang individu, termasuk seorang wanita atas kesalahan merancang menyerang tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan orang awam di Kosovo, Belgium serta Perancis.
Read more »