Beyond the Breaking News

Jawatan kuasa komuniti Perlis digerakkan cegah Covid-19 - Utusan Digital

Malaysia News News

Jawatan kuasa komuniti Perlis digerakkan cegah Covid-19 - Utusan Digital
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pemantauan dan aktiviti pergerakan keluar masuk pelawat serta penduduk setempat perlu diperketatkan selain sentiasa memastikan komuniti turut mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian…

ARAU: Jawatan kuasa komuniti setempat di seluruh negeri ini perlu digerakkan sebagai penyelaras aktiviti pencegahan wabak dan pemantau amalan norma baharu di kawasan masing-masing berikutan trend penularan Covid-19 di Perlis semakin membimbangkan kebelakangan ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, pemantauan dan aktiviti pergerakan keluar masuk pelawat serta penduduk setempat perlu diperketatkan selain sentiasa memastikan komuniti turut mengamalkan penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan menjaga kebersihan diri. Selain itu, titah baginda, ketua-ketua jawatan kuasa komuniti setempat juga perlu mengingatkan penduduk supaya tidak bersikap sambil lewa atau cuai selain perlu menghebahkan mengenai langkah-langkah pencegahan Covid-19. “Pada masa sama, berikanlah motivasi kepada ahli masyarakat supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard dan kelaziman baharu demi kebaikan semua, terutamanya keluarga tersayang,” titah baginda. Baginda bertitah sedemikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sempena program Hijrah Minda MAIPs bilangan ke-38 2021 di Masjid Nurus Salam, Behor Mentalon, Guar Sanji di sini hari ini. Pada program itu, baginda menyerahkan bantuan kepada amil masjid tersebut, Aziz Ibrahim untuk diagihkan kepada 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan dengan setiap seorang menerima RM700 membabitkan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,000. Hadir sama mengiringi baginda, Ketua Bahagian Pembangunan Wakaf, Hartanah dan Mal MAIPs, Mohd Nazri Md Rejab. Sementara itu, Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Sirajuddin Hashim yang turut hadir pada majlis itu memohon kerjasama orang ramai melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kegiatan berisiko seperti aktiviti berkumpulan yang tidak dibenarkan atau tidak mematuhi norma baharu. “Malah, laporkan segera kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat kes disyaki Covid-19 di kawasan masing-masing,” katanya. -UTUSAN ONLINE

GooglePlease follow us on Google to support us
We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

UMonline /  🏆 27. in MY

 

Malaysia Latest News, Malaysia Headlines

Similar News: You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Perlis assemblyman tests positive for Covid-19Perlis assemblyman tests positive for Covid-19GEORGE TOWN: Indera Kayangan assemblyman Gan Ay Ling has tested positive for Covid-19 and is advising those who have been in close contact with her to get tested.
Read more »

In Perlis, Indera Kayangan assemblyman confirms tested positive for Covid-19 | Malay MailIn Perlis, Indera Kayangan assemblyman confirms tested positive for Covid-19 | Malay MailKANGAR, Aug 12 — Indera Kayangan assemblyman Gan Ay Ling today confirmed that she tested positive for Covid-19 last Monday (August 9). “It is with great regret that I have to announce that I have been tested positive for Covid-19,” she said in a statement here. Gan said it was last Sunday...
Read more »

MB Perlis risau kes harian meningkat, jadi zon merah | The Malaysian InsightMB Perlis risau kes harian meningkat, jadi zon merah | The Malaysian InsightAzlan Man berkata beliau sedih kebebasan bergerak dan pembukaan sektor ekonomi disia-siakan.
Read more »



Render Time: 2026-08-12 14:37:43