Jasa Shafie angkat martabat pengakap

United States News News

Jasa Shafie angkat martabat pengakap
United States Latest News,United States Headlines

kualalumpur AllahyarhamTan Sri Shafie Mohd Salleh, yang meninggal dunia di Hospital Selayang hari ini, adalah individu yang bertanggungjawab mengangkat martabat pengakap Malaysia ke peringkat lebih tinggi.

Shafie, 73, Ketua Pengakap Negara sejak 2005 hingga ke akhir hayatnya, telah menghidupkan kembali Persekutuan Pengakap Malaysia selepas 20 tahun tidak bergerak secara aktif, dengan penstrukturan semula organisasi pengakap menjadi lebih efektif dan efisyen baik di dalam mahupun luar negara.

Ia sekali gus membuka ruang untuk meletakkan PPM dikenali dan saling bekerjasama dengan persatuan pengakap seluruh negara melalui persidangan antarabangsa, jambori pengakap dan lain-lain lagi. Usaha Allahyarham juga mendapat restu daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai penaung utama PPM bagi menyampaikan bintang dan pingat pengakap untuk diadakan di Istana Negara dan istana-istana negeri Raja Melayu dan Tuan Yang Terutama negeri terbabit. Antara jasa Allahyarham yang pastinya dikenang adalah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Bintang Tertinggi PPM kepada perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku Presiden Agong Kehormat PPM dan Presiden Republik Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono selaku Ketua Majelis Pembimbing Nasional Gerakan Pramuka.Allahyarham, yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi turut bertanggungjawab menubuhkan Pengakap ASEAN membabitkan negara ASEAN selain penganjuranThe Second Scouts Association For Regional Cooperation ConferenceAllahyarham juga terbabit dalam jawatankuasa yang membida perpindahan Ibu Pejabatdari Geneva ke Kuala Lumpur yang kemudiannya berjaya dilaksanakan pada 2014. Pada 19 Ogos lalu, Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad diisytiharkan sebagai Presiden Agung PPM dan pengisytiharan tersebut disempurnakan oleh Allahyarham sendiri, selaras dengan Prosedur Organisasi dan Pindaan pindaan 27 Mac 2010, Bahagian II, Seksyen 1. Pada majlis sama, Dr Mahathir juga menerima Anugerah Bintang Semangat Padi Kelas Pertama iaitu anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia. Menerusi buku yang diterbitkan sempena ulang tahun ke-100 PPM, Shafie dalam amanatnya berharap PPM akan terus mempertingkatkan usaha untuk mencipta sebuah dunia yang lebih sejahtera melalui ahli pengakap yang terlatih. “Sejarah mengenai aktiviti kepengakapan di Malaysia adalah sebuah siri kisah benar warna-warni, termasuk aspirasi ahlinya dan keazaman mereka yang tidak mengenal tembok budaya. “Sesungguhnya kisah pergerakan pengakap di Malaysia amat wajar didedahkan kepada generasi demi generasi kerana keunikannya,” katanya.Allahyarham meninggalkan isteri Puan Sri Prof Emeritus Dr Mizan Adilah Ibrahim dan tiga anak. Selain pernah memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi, Allahyarham juga pernah dilantik sebagai Ketua Pusat Penyelidikan, Institut Tadbiran Awam Negara selama lima tahun dan kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Bahagian, Kementerian Sumber Manusia dan juga Setiausaha Penyelidikan di bahagian Analisis Dasar Pusat Kajian Pembangunan Malaysia di bawah Jabatan Perdana Menteri.

We have summarized this news so that you can read it quickly. If you are interested in the news, you can read the full text here. Read more:

hmetromy /  🏆 26. in MY

 

United States Latest News, United States Headlines

Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.

Temporary pass for long-time immigrants in Sabah long overdue, says ShafieTemporary pass for long-time immigrants in Sabah long overdue, says ShafieKOTA KINABALU: The Sabah Temporary Pass (PSS), to be introduced to replace the three documents of long-time immigrants in Sabah, is a long-overdue initiative to ensure these groups can be monitored, says Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Read more »

Special pass may stem exodus of workers to Kalimantan, says ShafieSpecial pass may stem exodus of workers to Kalimantan, says ShafieThe Sabah chief minister says he is worried that Indonesian workers may leave plantations to return to their hometowns. FMTNews
Read more »

Temporary pass to allow monitoring of foreigners, says Shafie | The Malaysian InsightTemporary pass to allow monitoring of foreigners, says Shafie | The Malaysian InsightSabah CM says there are almost 500,000 foreigners in the state.
Read more »

National chief scout Shafie Mohd Salleh diesNational chief scout Shafie Mohd Salleh diesKUALA LUMPUR (Bernama): National Chief Scout Tan Sri Shafie Mohd Salleh has. He was 73.
Read more »

National Chief Scout Shafie Mohd Salleh diesNational Chief Scout Shafie Mohd Salleh diesKUALA LUMPUR: National Chief Scout Tan Sri Shafie Mohd Salleh (pix) died today. He was 73. Shafie died at 9.30am due to abdominal complications at the...
Read more »



Render Time: 2026-05-07 15:45:23