Jangkitan baharu Covid-19 lebih 3 kes berbanding kes pulih
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada lapan kes baharu itu tiga adalah kes import manakala lima adalah penularan tempatan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2020.
MALAYSIA terus merekodkan lebih banyak kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding kes pulih hari ini apabila lapan kes baharu dilaporkan berbanding lima pesakit yang didiscaj. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat lapan kes baharu hari ini, menyebabkan peningkatan kes aktif kepada 223.Dr Noor Hisham berkata terdapat lima kes pulih setakat tengah hari ini menjadikan jumlah kes pulih 8,617.Dr Noor Hisham berkata daripada lapan kes baharu itu, tiga adalah kes import manakala lima adalah penularan tempatan.“Bagi penularan tempatan, satu kes dikesan di Kuala Lumpur, satu di Johor dan tiga di Sabah,” katanya pada sidang media hari ini.
Tiga pesakit kini dirawat di unit rawatan rapi dan seorang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan. Sementara itu, tiada kematian dilaporkan menjadikan jumlah kematian kekal 124 atau 1.38% daripada kes keseluruhan. – 30 Julai, 2020.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Xavi sembuh jangkitan Covid-19BEKAS bintang Barcelona, Xavi Hernandez berkata dia sudah sembuh daripada Covid-19 untuk kembali dan menyambung tugasnya sebagai ketua jurulatih kelab Qatar, Al-Sadd.
Read more »
Kedah no longer a green state after 5 new Covid-19 casesThe cases are linked to the PUI Sivagangga cluster in Kubang Pasu. FMTNews Kedah Covid19
Read more »
WHO says COVID-19 pandemic is 'one big wave', not seasonalGENEVA (Reuters) - The World Health Organization on Tuesday warned against complacency about new coronavirus transmission in the northern hemisphere summer, saying that this virus did not behave like influenza that tended to follow seasonal trends.
Read more »
One OK Rock band leader Toru Yamashita has Covid-19The guitarist was rushed to the hospital after waking up with fever and chills on Monday (July 27) morning.
Read more »
Dua kluster baharu Covid-19 di Kedah dan Sarawak | The Malaysian InsightMereka terdiri daripada lima warga tempatan dan empat warga asing, kata KP Kesihatan.
Read more »