Jangan timbulkan situasi ancam ketenteraman awam di media sosial, kata KPN
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata pihaknya mengesan ada yang muat naik kandungan menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan menghina institusi diraja. – Gambar fail The Malaysian Insight, 22 November, 2022.
Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata ini berikutan PDRM mengesan tindakan pengguna media sosial memuat naik kandungan yang menyentuh sentimen perkauman atau keagamaan dan menghina institusi diraja susulan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 serta pembentukan kerajaan. “Tindakan tegas di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan serta Kanun Keseksaan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan situasi mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.