mom sukansea Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberi tempoh kepada semua persatuan sukan sehingga Jun ini untuk menganjurkan pertandingan bagi memilih atau menyenaraikan senarai atlet terbaik mereka ke temasya Sukan SEA Vietnam.
Presiden MOM, Tan Sri Norza Zakaria berkata, kejohanan itu perlu dilakukan agar pemilihan berlaku secara adil, telus dan tiada sikap pilih kasih ketika badan induk itu tahu kekangan yang dihadapi berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.
Norza pada sidang media mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Sukan SEA di Wisma MOM berkata, semua persatuan sukan perlu menentukan proses pemilihan yang tulus kerana tidak mahu ia dijadikan alasan di kemudian hari. "Kita faham akan kekangan yang dihadapi oleh setiap persatuan sukan kerana mereka tidak dibenarkan untuk menganjurkan pertandingan sejak Mac tahun lalu seperti yang ditetapkan kerajaan. "Untuk itu kita berikan mereka pilihan untuk menganjurkan kejohanan sehingga Jun ini untuk memilih atlet kerana tidak mahu timbul isu pilih kasih atau sebagainya timbul. "MSN akan memberi kerjasama penuh kepada persatuan sukan dalam urusan garis panduan yang ditetapkan oleh KBS dan MKN ," katanya. Katanya, persatuan perlu menyerahkan senarai panjang atlet pada 21 Mei sebelum tarikh akhir senarai pendek diputuskan pada 23 Ogos. Dalam perkembangan yang sama turut dibangkitkan adalah isu vaksin Covid-19 yang akan diterima oleh atlet negara yang mana atlet Olimpik akan diberi keutamaan. Norza menjelaskan bahawa surat juga sudah dihantar kepada kementerian untuk senarai atlet dan vaksin pertama akan diterima dijangka sekitar April dan Jun ini.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Ketua Penerangan Pas: Jangan tamak, jangan kedekut - Utusan DigitalKetua Penerangan Pas: Jangan tamak, jangan kedekut
Read more »




