guamusang Polis minta penduduk tidak panik mendengar letupan kuat kerana ia merupakan sebahagian daripada siri latihan jet pejuang di Gua Musang.
Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, pihaknya sudah dimaklumkan lebih awal berhubung latihan membabitkan jet pejuang dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia Gong Kedak, Terengganu.
“Dalam latihan itu, ia termasuk tindakan melepaskan sesuatu letupan di udara, tidak membahayakan orang ramai kerana ia sekadar latihan dan sasaran letupan di luar kawasan penempatan penduduk,” katanya ketika dihubungi malam tadi. Pada 5 petang semalam, penduduk gempar mendengar bunyi letupan kuat dan disusuli gegaran kecil yang keadaan itu tular di media sosial dengan pelbagai andaian dibuat netizen.
Mengulas perkara itu lagi Mohd Taufik berkata, gegaran itu juga hanya membabitkan kawasan tertentu sahaja. Seorang penduduk di bandar ini, Muhamad Shafie Osman, 52, berkata, beliau terkejut mendengar bunyiletupan kuat itu, malah rumahnya turut bergegar sebelum dia bergegas keluar rumah untuk menyiasat.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Jangan obses dengan peralihan kuasa, kata Kit Siang | The Malaysian InsightSerahkan kepada Majlis Presiden PH untuk menentukan perinciannya.
Read more »
Jangan malu menyewa kalau tak mampu beli, kata pakar hartanahPengasas Rahim & Co, Abdul Rahim Abdul Rahman hanya mampu beli rumah pertamanya 5 tahun selepas bekerja kerana tidak mampu. FMTNews Hartanah
Read more »
Kes belum selesai, jangan meterai tambakan laut, NGO beritahu P PinangCAP dan SAM berkata kerajaan negeri tidak boleh menandatangani sebarang perjanjian yang memulakan projek tebus guna tanah. FMTNews CAP SAM
Read more »
Anggota polis maut ketika jogingKotaBharu Anggota polis maut selepas rebah secara tiba-tiba ketika berjoging seorang diri di Taman Tengku Anis, di Kota Bharu, pada 10 pagi, hari ini.
Read more »
Polis siasat individu terlibat insiden Papagomo dikasari | The Malaysian InsightAbdul Hamid Bador menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat selepas siasatan dijalankan.
Read more »