Kerajaan perlu mengambil iktibar apa berlaku di Perancis. Tindakan dilakukan negara itu secara terburu-buru akhirnya menyebabkan ramai rakyat mereka bangkit merusuh di jalan raya.
Tidak beberapa lama dulu terdapat cadangan untuk melanjutkan lagi had usia persaraan dalam negara daripada 60 tahun seperti yang ditetapkan ketika ini. Cadangan yang dikemukakan ini perlu mendapat pertimbangan teliti dan mendalam daripada kerajaan serta pihak berkepentingan dalam negara sebelum sebarang keputusan muktamad diambil.
Cadangan diberikan ini adalah berdasarkan beberapa faktor dan perkembangan semasa yang sedang berlaku dalam negara kita serta luar negara seperti ekonomi dan keadaan kewangan semasa negara. Faktor jangka hayat dan usia penduduk Malaysia yang dilihat semakin meningkat dari tahun ke tahun juga sering digunakan sebagai alasan untuk menaikkan had usia bersara ini.
Walaupun kadar usia penduduk Malaysia dilihat meningkat dari tahun ke tahun, faktor kesihatan pekerja juga perlu diberi tumpuan. Tidak dapat dinafikan, secara fitrahnya, makin bertambah usia seseorang manusia itu, maka makin kuranglah tahap tenaga atau kualiti kesihatan mereka. Jika tahap tenaga dan faktor kesihatan seseorang pekerja terjejas akibat peningkatan usia mereka, ini boleh menjejaskan kualiti kerja yang ingin dihasilkan kelak.
Akhirnya negara kita akan mula bergantung sepenuhnya kepada pekerja asing dan pekerja tua tempatan yang kurang tenaga serta kurang daya inovasi dan kreativiti. Namun, kerajaan boleh mempertimbangkan langkah untuk naikkan had usia persaraan untuk sektor tertentu yang dilihat sebagai kritikal serta memerlukan langkah kenaikan had usia persaraan tanpa melibatkan semua jenis pekerjaan yang ada dalam sektor pekerjaan dalam negara.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
PM: Jangan guna lambang parti ketika salur bantuan kerajaanJOHOR BAHRU: Sebarang bentuk penyaluran bantuan kerajaan sepanjang tempoh berkempen, termasuk pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan U...
Read more »
PRK: Jangan guna lambang parti salur bantuan kerajaan, kata PMAnwar Ibrahim berkata bantuan pemerintah harus disalur atas nama kerajaan, bukan parti.
Read more »
9 lori bawa lebih muatan dikenakan tindakan9 lori bawa lebih muatan dikenakan tindakan
Read more »
Tukar presiden bukan tindakan wajar, kata Wanita UmnoKetua Wanita Noraini Ahmad berkata Umno perlu mengenal pasti kehendak rakyat dan mengembalikan sokongan mereka kepada parti.
Read more »
JPJ P.Pinang ambil tindakan terhadap sembilan lori bawa lebih muatanBUKIT MERTAJAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang mengambil tindakan terhadap sembilan kenderaan barangan khususnya lori kerana membawa mu...
Read more »
Hadir program PN, ADUN Rembia akan diambil tindakanHadir program PN, ADUN Rembia akan diambil tindakan
Read more »