Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan, pengedar dadah dipercayai menjadikan tanah-tanah rancangan Felda sebagai lubuk untuk urusan jual beli bahan terlarang itu kepada penagih di situ.
JERANTUT: Belia Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan tidak menafikan kewujudan pengedar dari luar yang menjadikan tanah rancangan itu sebagai tempat mereka melakukan urusan jual beli bahan terlarang terbabit.
“Namun untuk mengatakan Felda lubuk dadah adalah kurang ‘manis’ sekali gus memberikan pandangan negatif masyarakat luar terhadap agensi itu,” katanya ketika dihubungi semalam. Mengulas lanjut, Mohd. Jamil menegaskan, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan yang dijkeluarkan itu kerana penagihan dadah berpunca dari orang luar sebaliknya Felda pula yang dijadikan mangsa.
“Kalau diperhatikan berapa ramai anak Felda yang berjaya tidak hanya menjadi doktor ataupun peguam, malah juga memegang jawatan tertinggi negara seperti menteri dan timbalan menteri,” katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lelaki hampir dibelasah pengikut setia Ustaz sebab tak setuju isi ceramahSeorang lelaki nyaris dibelasah pengikut setia seorang penceramah bergelar ustaz, gara-gara tidak bersetuju dengan isi kandungan ceramah
Read more »