Gurun Seramai 23 individu dikompaun RM1,000 setiap seorang selepas berkumpul di sebuah rumah di Simpang Setia Jaya Guar Chempedak bagi menghadiri jamuan Aidilfitri.
Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pemeriksaan di rumah terbabit dilakukan anggotanya ketika rondaan penguatkuasaan pemantauan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat pada 8.30 malam semalam."Mereka berusia antara 19 sehingga 25 tahun diarahkan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Yan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Shahnaz berkata, hasil siasatan mendapati semua mereka mengaku berada dan berkumpul di rumah berkenaan untuk tujuan jamuan makan sempena Aidilfitri. Katanya, pemilik rumah berusia 24 tahun turut mengaku menjemput beberapa rakan baiknya dan saudara-mara untuk datang ke rumah itu pada tarikh kejadian, namun mendakwa ada tetamu yang membawa rakan lain yang tidak dikenalinya.
"Mereka didapati melanggar Peraturan 3 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 yang membolehkan kompaun dikenakan," katanya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Lagu raya dendangan Dr. Adham Baba dan Sufian Suhaimi pada 2017 kembali tularMenggunakan irama ala Despacito, lagu raya itu masih menggunakan lirik rekaan asal yang disesuaikan dengan sambutan hari raya di negara kita. FMTNews FMTOhsem
Read more »
Sekatan jalan raya diperketat, tiada percubaan rentas negeri, kata Bukit AmanMenurut Bukit Aman kebanyakan orang awam menggunakan lebuh raya semalam bagi pergerakan dalam negeri. FMTNews PKP JSPT
Read more »
Biarlah serius sikit: MenteriKualaLumpur pkpb Pelbagai gelagat 'khatib terjun' dapat dilihat ketika membacakan khutbah raya sempena hari pertama Aidilfitri kelmarin.
Read more »
Polis keluar 31 kompaun kesalahan ziarah AidilfitriSebanyak 285 kompaun dikeluarkan di lapangan di mana 194 dikeluarkan di sekatan jalan raya. FMTNews Kompaun Raya PKPB
Read more »
Tiada kompromi kompaun ziarah raya, kata polis Selangor | The Malaysian InsightPerkara itu tidak sepatutnya berlaku susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan kerajaan.
Read more »
Covid-19: Selangor police won’t compromise on issuing compounds for Raya visits | Malay MailKUALA SELANGOR, May 26 — The Selangor police will not compromise with homeowners who allow visitors into their house after the first day of Hari Raya as it violated the government’s conditional movement control order (CMCO), said state Criminal Investigation Department chief SAC Datuk Fadzil...
Read more »