Datuk Seri Jamal Md. Yunos diperintah mendepositkan ganti rugi RM300,000 ke dalam akaun peguam yang mewakili Teresa Kok sementara pelupusan rayuan saman fitnahnya di Mahkamah Rayuan.
PUTRAJAYA: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos diperintah mendepositkan ganti rugi RM300,000 ke dalam akaun peguam yang mewakili Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim sementara pelupusan rayuan saman fitnahnya di Mahkamah Rayuan.
Jamal merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkannya membayar ganti rugi berhubung dakwaan Teresa yang juga bekas Menteri Industri Utama menyalahgunakan dana Yayasan Warisan Anak Selangor . Sebelum itu, mahkamah memerintahkan ganti rugi itu didepositkan dalam tempoh 14 hari, namun peguam Rejinder Singh yang mewakili Jamal memohon tempoh dilanjutkan selama sebulan bagi memberi peluang anak guamnya mengumpul dana membayarnya.
Menurut Rejinder, selaku ahli politik, status muflis akan memberi kesan kepada kelayakannya untuk bertanding pada pilihan raya akan datang. Sementara itu, Datuk S.N Nair pula berhujah Jamal sudah mempunyai wang yang mencukupi yang diperolehi melalui kutipan derma dan beliau seharusnya membayarnya manakala status muflis bukan keadaan istimewa bagi penangguhan dibenarkan.
Pada 26 Julai 2022, Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Mohd. Arief Emran Arifin membenarkan tuntutan saman fitnah Teresa terhadap Jamal yang difailkan lima tahun lalu setelah berpuas hati defendan gagal membuktikan pembelaannya.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Court allows Jamal to defer paying RM300k to Teresa, pending appealHe was ordered last July to pay Kok for claiming she abused funds.
Read more »
RM300 juta implikasi pengasingan pendakwa raya, Peguam NegaraBagaimanapun tetap menjadi pertimbangan utama kerajaan pimpinannya untuk memastikan proses pendakwaan dapat dilakukan dengan lebih telus dan bebas.
Read more »
56 Adun Johor dapat peruntukan tambahan RM60,000Menteri besar Johor berkata jumlah itu melibatkan RM40,000 bagi program Ramadan dan Aidilfitri manakala RM20,000 untuk agenda Johor Bersih.
Read more »
[DUN] ADUN Johor terima peruntukan tambahan RM60,000[DUN] ADUN Johor terima peruntukan tambahan RM60,000
Read more »
Dua jurutera jadi mangsa 'scammer', rugi lebih RM250,000Seorang ditipu sindiket pekerjaan tidak wujud manakala seorang lagi ditipu sindiket cabutan bertuah. bukitmertajam
Read more »
Konon menang teka lagu, jurutera rugi RM125,000Mangsa mendakwa terima panggilan syarikat di Hong Kong tawar hadiah RM326,000 selepas berjaya meneka tajuk lagu.
Read more »