johorbahru Jalan utama di sekitar bandar raya Johor Bahru merekodkan pertambahan kenderaan mendadak hari ini pada hari pertama hampir semua sektor ekonomi dibuka seperti biasa.
Tinjauan di Jalan Skudai, yang menjadi laluan utama menghubungkan pusat bandar raya dengan beberapa kawasan perindustrian utama termasuk Tampoi dan Tebrau mendapati pertambahan kenderaan yang banyak berbanding jalan yang hampir lenggang minggu lalu.
Semua enam laluan di lebuhraya tiga lorong di situ juga dipenuhi kenderaan berbanding ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu, yang menyaksikan semua laluan ke bandar raya hampir tiada kenderaan manakala sesetengah laluan ditutup serta dilencongkan. Beberapa sekatan jalan raya yang ada di sepanjang laluan itu juga sudah dibuka sepenuhnya menjadikan laluan berkenaan lancar walaupun dipenuhi kenderaan.
Dijangkakan pertambahan kenderaan akan terus meningkat menjelang tengah hari dan waktu puncak apabila semua warga pekerja pulang dari kerja pada jam 5 petang ini untuk berbuka puasa. Jumaat lalu,dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bermula hari ini hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan termasuk premis makanan membabitkan restoran dibenarkan beroperasi mengikut syarat yang ditetapkan.
Malaysia Latest News, Malaysia Headlines
Similar News:You can also read news stories similar to this one that we have collected from other news sources.
Polis maut dilanggar pemandu mabuk di sekatan jalan di KajangPemandu berusia 44 tahun yang turut mengalami kecederaan itu ditahan polis untuk siasatan lanjut. FMTNews SekatanJalan
Read more »
27 kes baharu Covid-19 dikesan di tapak pembinaan Jalan Ampang, kata menteri | The Malaysian InsightKes itu dikesan selepas seorang pekerja jatuh sakit dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik.
Read more »
Covid-19: 27 new cases detected at construction site on Jalan AmpangTWENTY-seven new Covid-19 cases were detected at a construction site on Jalan Ampang in Kuala Lumpur, according to Federal Territories Minister Tan Sri Annuar Musa.
Read more »
PM zahir kesedihan anggota polis maut dirempuh dalam sekatan jalanKematian Safwan Mohammad Ismail akibat insiden berkenaan merupakan satu kehilangan buat pasukan polis dan negara. FMTNews Polis PKP
Read more »
Another raid on illegals in Jalan Masjid India areaThis time the raid targeted the Selangor Mansion building, which is believed to be the main dwelling for foreigners in the area. FMTNews MasjidIndia SelangorMansion Raid Immigrant Illegal
Read more »
Kaitan kluster tapak binaan Jalan Ampang disiasat, kata KP Kesihatan | The Malaysian InsightNamun buat masa ini masih belum menemui bukti kaitan dengan kaitan kluster Covid-19 lain.
Read more »